Tue. Nov 12th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Video:YB Kula Segaran berucap pada upacara memperingati LTTE tular.

3 min read

Media Sosial, 14 Oktober: Video menteri sumber manusia, YB Kula Segaran didakwa berucap pada hari perwira memperingati organisasi pengganas, LTTE menjadi tular di media sosial sejak tengah hari tadi.

Video berdurasi selama 4 minit 17 saat itu dimuat naik di laman facebook Pusat Kajian Ancaman Pengganas & Misionari Di Malaysia dan setakat sejam yang lalu, telah mendapat lebih 1000 perkongsian dengan tajuk ” Kulasegaran memuji LTTE”

kula1.jpg
YB Kula memegang lilin sebagai tanda solidariti. Tangkap layar dari video.

Pada video itu, YB Kula ahli parlimen DAP Ipoh Barat, yang juga merupakan Naib Pengerusi DAP dilihat menyatakan kesedihannya apabila melihat gambar pada latar belakang pentas di belakang beliau.

“Bila saya datang ke majlis ini, saya teringat sesuatu yang penting selepas saya melihat gambar itu.

Ia bukan hanya tentang Prabhakaran di sana, jika anda lihat dengan jelas, anda akan melihat tempat pejuang.

Saya telah melawat tempat itu pada 10 tahun yang lalu. Sekarang saya mendengar bahawa tempat itu dimusnahkan dan tentera Sri Lanka telah membina ibu pejabat di situ. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa kerajaan Sri Lanka mempunyai kuasa yang penuh terhadap orang awam.” – YB Kulasegaran

kula 2.jpg
Mendiang Prabhakaran berlatar belakangkan tanah perkuburan di Kopay. Dihadapannya, kalungan bunga diletakkan pada bendera LTTE dan monumen kelihatan seperti senapang AK47. Gambar dari tangkap layar video.

Buletin TTKM mendapati tempat yang dimaksudkan oleh YB Kula itu merupakan tanah perkuburan LTTE, di Kopay, utara Sri Lanka  yang dimusnahkan oleh kerajaan Sri Lanka setelah LTTE tewas dalam peperangan. Tanah perkuburan tersebut  menempatkan 2000 kubur kader LTTE. Kerajaan Sri Lanka kini telah membina pengkalan tenteranya di lokasi itu.

kula6.JPG
Tanah perkuburan kader LTTE sebelum dimusnahkan kerajaan Sri Lanka. Gambr oleh Getty Images.
Tanah perkuburan kader LTTE setelah dimusnkahkan. Gambar oleh Tamil Guardian.

Dalam video tersebut juga, YB Kula Segaran turut dilapor mempersoalkan mengapa masyarakat Tamil di Malaysia tidak boleh membina monumen peringatan untuk LTTE seperti mana yang dibina oleh masyarakat Tamil di Mauritius, walaupun jumlah penduduk Tamil di Mauritius adalah lebih rendah dari penduduk Tamil di Malaysia.

“Saya pergi ke Maurtitius dengan YB Kamachi, YB Arul dan beberapa orang lain lagi. Mauritius merupakan negara yang sangat kecil dengan jumlah penduduk berjumlah 1.2 juta orang.

Ia lebih kecil dari negeri Perak. Masyarakat Tamil di situ melakukan banyak perkara yang bermanfaat kepada masyarakat Tamil.

Mereka membina monumen untuk orang Tamil Eelam di pusat bandar. Jumlah penduduk Tamil di Mauritius adalah 80 ribu orang sahaja. Penduduk masyarakat Tamil di Malaysia adalah berjumlah 2.5 juta orang. Jika mereka boleh lakukan, mengapa kita tidak dapat melakukannya?” – YB Kula Segaran. 

nov23-13-memorial.jpg
Monumen LTTE di Mauritius, gambar oleh The Weekend Leader. 

Berikut merupakan transkrip penuh  ucapan YB Kula berdasarkan terjemahan yang diberikan pada video tersebut:

“Bila saya datang ke majlis ini, saya teringat sesuatu yang penting selepas saya melihat gambar itu.

Ia bukan hanya tentang Prabhakaran di sana, jika anda lihat dengan jelas, anda akan melihat tempat pejuang.

Saya telah melawat tempat itu pada 10 tahun yang lalu. Sekarang saya mendengar bahawa tempat itu dimusnahkan dan tentera Sri Lanka telah membina ibu pejabat di situ. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa kerajaan Sri Lanka mempunyai kuasa yang penuh terhadap orang awam.

Semua kejayaan sebelum ini yang dilakukan oleh perwira (LTTE). Sri Lanka akan padamkan. Bagi saya, ia sangat menyedihkan kerana saya pernah melawat tempat tersebut secara individu. Saya tidak pernah berfikir bahawa saya akan bercakap tentang perkara ini di negara saya selepas 10 tahun.

Bukan itu sahaja, lebih 100 k orang telah dibunuh. Orang ramai sedang menderita selepas protes tersebut.

Terdapat lebih dari 3k orang Sri Lanka di Malaysia yang tinggal di negeri-negeri berlainan. 27 haribulan ini adalah hari penting bagi kita. Kita orang Tamil harus bertindak dengan bijak.

(27 haribulan november merupakan hari di mana kader pertama LTTE, Leftenan Shankar dikatakan terbunuh pada peperangan pada tahun 1982. Secara tradisinya, lampu minyak dinyalakan selama tiga hari sehingga 27 November dan bendera Tamil Eelam dinaikkan pada upacara pada hari tersebut – Editor Buletin TTKM)
Kita harus membantu orang Tamil Sri Lanka yang tinggal di Malaysia. Kita perlu memenuhi keperluan mereka. Saya pergi ke Maurtitius dengan YB Kamachi, YB Arul dan beberapa orang lain lagi. Mauritius merupakan negara yang sangat kecil dengan jumlah penduduk berjumlah 1.2 juta orang.

Ia lebih kecil dari negeri Perak. Masyarakat Tamil di situ melakukan banyak perkara yang bermanfaat kepada masyarakat Tamil.

Mereka membina monumen untuk orang Tamil Eelam di pusat bandar. Jumlah penduduk Tamil di Mauritius adalah 80 ribu orang sahaja. Penduduk masyarakat Tamil di Malaysia adalah berjumlah 2.5 juta orang. Jika mereka boleh lakukan, mengapa kita tidak dapat melakukannya?” – YB Kula Segaran.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: