Di Mauritius ada monumen Tamil Eelam, kenapa kita tidak?Soal YB Kula.

Menteri Sumber Manusia, Kula Segaran mempersoalkan mengapa masyarakat tamil di Malaysia tidak dapat membina monumen untuk Tamil Eelam seperti yang terdapat di Mauritius, walaupun negara itu sangat kecil dengan jumlah penduduk berjumlah 1.2 juta orang.

Monumen yang diperkatakan di Mauritius, gambar oleh The Weekend Leader.
Plaq pada monumen tersebut. Terjemahan: “Memorial ini didedikasikan kepada 40 000 orang Tamil yang kehilangan nyawa secara tidak bersalah dan 146,679 yang dilaporkan hilang mempertahankan tanah air tercinta mereka di Sri Lanka” 

Kata ahli parlimen DAP Ipoh Barat itu lagi, jumlah masyarakat tamil di Mauritius cuma 80 ribu sahaja, berbanding penduduk Tamil di Malaysia yang berjumlah 2.5 juta orang.

Beliau berkata demikian dalam satu video dipercayai  menyambut hari perwira yang dinaikkan di laman facebook

Mauritius merupakan negara yang sangat kecil dengan jumlah penduduk berjumlah 1.2 juta orang.

Ia lebih kecil dari negeri Perak. Masyarakat Tamil di situ melakukan banyak perkara yang bermanfaat kepada masyarakat Tamil.

Mereka membina monumen untuk orang Tamil Eelam di pusat bandar. Jumlah penduduk Tamil di Mauritius adalah 80 ribu orang sahaja. Penduduk masyarakat Tamil di Malaysia adalah berjumlah 2.5 juta orang. Jika mereka boleh lakukan, mengapa kita tidak dapat melakukannya?” – YB Kula Segaran. ( terjemahan oleh laman FB “Pusat kajian ancaman pengganas & misionari di malaysia”)

Dalam video itu juga, Naib Pengerusi DAP itu juga dilihat menyatakan kesedihannya apabila melihat gambar pada latar belakang pentas di belakang beliau.

“Bila saya datang ke majlis ini, saya teringat sesuatu yang penting selepas saya melihat gambar itu.

Ia bukan hanya tentang Prabhakaran di sana, jika anda lihat dengan jelas, anda akan melihat tempat pejuang.

Saya telah melawat tempat itu pada 10 tahun yang lalu. Sekarang saya mendengar bahawa tempat itu dimusnahkan dan tentera Sri Lanka telah membina ibu pejabat di situ. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa kerajaan Sri Lanka mempunyai kuasa yang penuh terhadap orang awam.” – YB Kulasegaran  ( terjemahan oleh laman FB “Pusat kajian ancaman pengganas & misionari di malaysia”)

Mendiang Prabhakaran berlatar belakangkan tanah perkuburan di Kopay. Dihadapannya, kalungan bunga diletakkan pada bendera LTTE dan monumen kelihatan seperti senapang AK47. Gambar dari tangkap layar video.

Buletin TTKM mendapati tempat yang dimaksudkan oleh YB Kula itu merupakan tanah perkuburan LTTE, di Kopay, utara Sri Lanka  yang dimusnahkan oleh kerajaan Sri Lanka setelah LTTE tewas dalam peperangan. Tanah perkuburan tersebut  menempatkan 2000 kubur kader LTTE. Kerajaan Sri Lanka kini telah membina pengkalan tenteranya di lokasi itu.

Tanah perkuburan kader LTTE sebelum dimusnahkan kerajaan Sri Lanka. Gambr oleh Getty Images.
Tanah perkuburan kader LTTE setelah dimusnkahkan. Gambar oleh Tamil Guardian.

Berikut merupakan video tersebut:

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version