Laman FB sebar fitnah terhadap P Ramasamy, SKMM harus bertindak – Setiausaha sulit

Pulau Pinang 15 Okt : Setiausaha sulit P Ramasamy mendakwa laman facebook “Pusat Kajian Ancaman Pengganas & Misionari di Malaysia” menyebarkan maklumat palsu dan fitnah terhadap timbalan ketua menteri II Pulau Pinang itu.

Dalam satu kenyataan, Edreena Kaur berkata laporan polis telah dibuat terhadap laman facebook tersebut.

“Pejabat TKM II Pulau Pinang telah membuat satu laporan polis terhadap satu laman Facebook bernama Pusat Kajian Ancaman Pengganas & Misionari di Malaysia yang telah diwujudkan dengan tujuan memaparkan kenyataan-kenyataan fitnah terhadap beberapa orang pemimpin kerajaan termasuk YB Prof P. Ramasamy.” – Edreena Kaur.

Edreema Kaur turut mendakwa laman facebook tersebut memaparkan kenyataan palsu dan fitnah sejak beberapa bulan ini, dengan tujuan membuat provokasi dan cuba mengapi-apikan kebencian masyarakat terhadap YB Prof P. Ramasamy.

“Sebelum ini, dua laporan polis telah dibuat oleh pejabat kami ke atas laman Facebook ini dan juga pengendalinya. Juga telah dirujuk ke Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, tetapi tiada tindakan telah diambil.Paparan-paparan fitnah laman ini sering dikongsi oleh seorang individu bernama Firdaus Wong, dengan tujuan merosakkan nama baik Timbalan Ketia Menteri Pulau Pinang. YB Prof Ramasamy telahpun meminta peguamnya untuk menyaman individu ini, atas kenyataan-kenyataan fitnahnya sebelum ini. Kali ini pun dia telah mengulangi tindakanya yang menyebarkan fitnah. Peguam YB Prof Ramasamy akan mengambil tindakan ke atas kenyataan fitnah ini juga.” –  Edreena Kaur.

Terbaru menurut beliau, laman facebook tersebut didakwa sengaja memuatnaik satu video yang disunting pelbagai kali, dengan menambah sarikata yang didakwa salah, dengan tujuan membawa makna, seolah-olah YB Prof P Ramasamy sedang menghasut untuk memulakan perjuangan bersenjata.

“Klip video yang dimuat naik oleh laman Facebook itu adalah, asalnya dimuatnaik oleh satu stesen Televisyen di Tamilnadu, bernama Thanthi TV, iaitu sebahagian ucapanya di salah satu majlis di Chennai, Tamilnadu, beberapa tahun yang lepas. Dalam klip asal yang tidak disunting itu, Prof Ramasamy secara terang telah menyatakan bahawa beliau tidak sokong perjuangan bersenjata, dan hanya perjuangan damai yang berasaskan prinsip demokratik antarabangsa adalah penyelesaian untuk apa-apa masalah. Malah, kapsyen asal klip video itu dalam bahasa Tamil pun secara terang menyatakan bahawa “JANGAN TERPENGARUH DENGAN MEREKA YANG BERKATA MAHU HIDUPKAN PERJUANGAN BERSENJATA”. Tetapi, kapsyen asal itu sengaja ditutup dengan sari kata palsu oleh laman Facebook ini.” – Edreena Kaur.

Berikut merupakan kenyataan penuh :

15 Oktober 2019

KENYATAAN MEDIA PEJABAT TIMBALAN KETUA MENTERI II:

LAMAN FACEBOOK YANG SEBARKAN MAKLUMAT PALSU, FITNAH TERHADAP TIMBALAN KETUA MENTERI II PULAU PINANG; POLIS DAN SKMM HARUS BERTINDAK

Pejabat TKM II Pulau Pinang telah membuat satu laporan polis terhadap satu laman Facebook bernama Pusat Kajian Ancaman Pengganas & Misionari di Malaysia yang telah diwujudkan dengan tujuan memaparkan kenyataan-kenyataan fitnah terhadap beberapa orang pemimpin kerajaan termasuk YB Prof P. Ramasamy. Laman ini sedang memaparkan kenyataan palsu dan fitnah sejak beberapa bulan ini, dengan tujuan membuat provokasi dan cuba mengapi-apikan kebencian masyarakat terhadap YB Prof P. Ramasamy. Sebelum ini, dua laporan polis telah dibuat oleh pejabat kami ke atas laman Facebook ini dan juga pengendalinya. Juga telah dirujuk ke Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, tetapi tiada tindakan telah diambil.

Paparan-paparan fitnah laman ini sering dikongsi oleh seorang individu bernama Firdaus Wong, dengan tujuan merosakkan nama baik Timbalan Ketia Menteri Pulau Pinang. YB Prof Ramasamy telahpun meminta peguamnya untuk menyaman individu ini, atas kenyataan-kenyataan fitnahnya sebelum ini. Kali ini pun dia telah mengulangi tindakanya yang menyebarkan fitnah. Peguam YB Prof Ramasamy akan mengambil tindakan ke atas kenyataan fitnah ini juga.

Terbaru, laman Facebook tersebut telah sengaja memuatnaik satu video yang mereka sunting pelbagai kali, dan menambah sarikata yang salah, dengan tujuan membawa makna, seolah-olah YB Prof P Ramasamy sedang menghasut untuk memulakan perjuangan bersenjata.

Klip video yang dimuat naik oleh laman Facebook itu adalah, asalnya dimuatnaik oleh satu stesen Televisyen di Tamilnadu, bernama Thanthi TV, iaitu sebahagian ucapanya di salah satu majlis di Chennai, Tamilnadu, beberapa tahun yang lepas. Dalam klip asal yang tidak disunting itu, Prof Ramasamy secara terang telah menyatakan bahawa beliau tidak sokong perjuangan bersenjata, dan hanya perjuangan damai yang berasaskan prinsip demokratik antarabangsa adalah penyelesaian untuk apa-apa masalah. Malah, kapsyen asal klip video itu dalam bahasa Tamil pun secara terang menyatakan bahawa “JANGAN TERPENGARUH DENGAN MEREKA YANG BERKATA MAHU HIDUPKAN PERJUANGAN BERSENJATA”. Tetapi, kapsyen asal itu sengaja ditutup dengan sari kata palsu oleh laman Facebook ini.

YB Prof Ramasamy, seperti yang pernah ditegaskanya berkali-kali sebelum ini, telah terlibat secara langsung dalam proses perdamaian di Sri Lanka, Aceh dan Mindanao. Semasa proses perdamaian, Prof P. Ramasamy pernah berjumpa bukan sahaja dengan pihak LTTE, malah dengan pimpinan kerajaan Sri Lanka juga.

Sama seperti perjumpaanya dengan pimpinan Gerakan Acheh Merdeka dan Pimpinan Indonesia. Malah, Wakil Presiden Indonesia Tuan Yang Terutama Jusuf Kalla sendiri pernah berjumpa dengan Prof Ramasamy, susulan penglibatannya dalam proses perdamaian. Tetapi, sesetengah pihak, khususnya orang seperti individu dan laman-laman media sosial yang ada kaitan denganya, sengaja mengeluarkan paparan berbentuk provokasi dan fitnah.

Pejabat Timbalan Ketua Menteri II pada asalnya tidak mahu melayan karenah-karenah murahan pihak yang ingin menyebarkan fitnah ini, kerana percaya ianya adalah fitnah yang akan terkubur dengan sendirinya. Tetapi, dalam keadaan hari ini, kenyataan-kenyataan fitnah dan palsu semakin menjadi-jadi penyebarannya tanpa penghujungnya, dengan satu sahaja tujuan, iaitu mewujudkan kebencian ke atas Pejabat ini dan YB secara peribadi. Kami ambil serius perkara ini dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap semua individu yang terlibat dalam penyebaran fitnah, tohmahan dan berita palsu ini. Di masa yang sama, saya menyeru pihak berkuasa, khususnya pihak Polis dan SKMM juga tidak berkompromi dengan pihak-pihak ini dan mengambil tindakan setimpalnya.

EDREENA KAUR
Setiausaha Sulit kepada
TIMBALAN KETUA MENTERI II PULAU PINANG

Sumber : https://www.facebook.com/proframasamy/posts/2533723146665929


 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version