Tahukah anda menteri kewangan adalah ‘akauntan yang gagal’?

Editorial TTKM.

Tahukah anda bahwa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengakui dirinya sebagai seorang ‘akauntan yang gagal’?

 

Menurut Lim Guan Eng yang juga merupakan setiausaha agung DAP, beliau merupakan graduan ekonomi dan perakaunan di Australia, lapor Malaysiakini.

Katanya, agak sukar bagi beliau mendapatkan tawaran untuk bekerja dalam 8 syarikat perakuanan terbesar ( Big 8)  pada tahun 1984, berbanding rakan-rakannya.

Walau bagaimanapun, setelah beberapa bulan gagal dalam temuduga di beberapa firma utama perakaunan itu, akhirnya beliau menerima juga tawaran kerja, tetapi kegembiraan itu hanya sementara kerana dipecat setelah seminggu bekerja.

“Walau bagaimanapun, kegembiraan saya hanya sementara kerana saya telah dipecat tanpa sebarang alasan profesional setelah seminggu bekerja, apabila mereka mendapat tahu siapa bapa saya”

“Kepada mereka yang mungkin tidak tahu, saya merupakan anak kepada pimpinan DAP, Lim Kit Siang- Lim Guan Eng.

Beliau kemudian menambah,

“Saya dilihat tidak layak untuk menjadi akauntan kerana saya dikhuatiri berkongsikan semangat bapa saya untuk membawa integriti, tranparensi, pendedahan penuh dan juga memberikan pandangan adil dan benar” – Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikan pada satu ucapan di hadapan 150 akauntan berkait dengan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)  di Pulau Pinang pada Mac 2012.

Setelah Pakatan Harapan memenangi PRU14 pada bulan Mei tahun lepas, Lim Guan Eng telah dilantik oleh perdana menteri sebagai menteri kewangan.

Walaubagaimanapun, beberapa pihak terutama pembangkang mempersoalkan sama ada beliau adalah benar-benar akauntan bertauliah seperti yang didakwanya.

Pegawai Lim Guan Eng, Tony Pua kemudian menunjukkan bukti keahlian Lim Guan Eng dalam Persatuan  Akauntan Australia.

MGF11022019_SIDANG-MEDIA-DAP07.jpg
Ahli Parlimen Damansara merangkap Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua bersama Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng (kiri) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) Pandamaran, Leong Tuck Chee (kanan) menunjukkan salinan sijil ijazah dalam ekonomi milik Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada sidang media mengenai serangan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Ibu Pejabat DAP, Jalan Yew, Jalan Pudu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 FEBRUARI 2019

Ditanya jika Lim sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mempersoalkan kelayakannya, Pua berkata terdapat kemungkinan itu dan menteri berhak untuk berbuat demikian.

Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada tindakan undang-undang diambil termasuk terhadap Wee Ka Siong, pihak yang paling lantang mempersoalkan isu ini satu ketika dulu.

Menurut Wee Ka Siong,yang juga merupakan presiden MCA,   Lim Guan Eng cuma menjadi ahli sementara (provisional member) persatuan tersebut.

51616395_1205251569642345_6665014877968400384_n

Setakat ini,  tiada lagi bukti yang mengatakan beliau bekerja dalam mana-mana syarikat akauntan atau beliau ada mengambil apa-apa modul atau peperiksaan yang melayakkan beliau bergelar seorang akauntan bertauliah, dakwa Wee Ka Siong.

Malah, semakan atas talian di Institut Akauntan Malaysia (MIA) turut gagal menemui nama Lim Guan Eng sebagai ahli. – Buletin TTKM-

51713765_1205251656309003_1727884992656179200_n.jpg

 

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.