Tue. Nov 12th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Kementerian pendidikan arah henti terima dan edar komik propaganda.

2 min read

Kuala Lumpur, 17 Okt : Kementerian pendidikan hari ini menerbitkan kenyataan mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah supaya tidak menerima dan membuat edaran buku komik “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama”.

Tambah kenyataan itu lagi, KPM tidak pernah mengeluarkan kebenaran dan kelulusan untuk pengedaran Buku Komik itu kepada institusi pendidikan termasuk sekolah.

Pada masa yang sama, KPM juga berkata akan mengkaji dengan lebih teliti isi kandungan buku tersebut disamping mendapatkan ulasan dari KDN mengenai aspek keselamatan yang melibatkan sensitiviti masyarakat dan hubungan luar negara.

72703900_2660555883983057_8322046357783183360_n

Terdahulu, beberapa muka komik tersebut yang ditularkan oleh bekas perdana menteri, Najib Razak menunjukkan propaganda yang menaikkan nama parti politik DAP selain terdapat komik sensitif mengenai komunis.

Menurut surat yang didakwa ditandatangani oleh Raymond Chong, Pengurus Muzium Kebudayaan Komik Asia, dinyatakan bahawa muzium tersebut mengambil keputusan untuk mengedarkan naskhah ehsan buku komik itu dalam versi Bahasa Melayu kepada Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.

Surat tersebut ditujukan kepada pengetua sekolah.

Najib mendakwa muzium tersebut dibiayi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan mengaitkannya dengan DAP.

“Maszlee dah bagi kebenaran ke?Muzium Kebudayaan Komik Asia di KOMTAR yang dibiayai oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di mana bossnya adalah Superman Hew Kuan Yau, sedang menyebarkan komik propaganda kepada sekolah-sekolah menengah kebangsaan dan jenis kebangsaan.Propaganda dalam komik ini mengagung-agungkan parti DAP, memberi bayangan bahawa kerajaan Malaysia hipokrit dalam layanan kepada komunis dan memburuk-burukkan kerajaan lama serta saya dan keluarga saya. Adakah ini dasar pendidikan #MalaysiaBharu ?” – Najib Razak.

Walaubagaimanapun, ketua menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menafikan dakwaan itu.

 “Kami hanya memberi mereka peruntukan tahunan untuk membayar sewa di ICT Mall dan muzium yang dikeluarkan tiket ke sekolah dan hotel,” 

“Kami tidak mengganggu operasi muzium itu.  Kerajaan negeri hanya menyediakan peruntukan tahunan kepada mereka, ” –  Chow Kon Yeow

Chow juga mendakwa tidak tahu menahu mengenai pengedaran komik tersebut di sekolah yang didakwa pro-DAP dan pro-komunisme selain menegaskan bahawa DAP Pulau Pinang tiada kaitan dengan muzium itu sama sekali

 

-Buletin TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: