Tue. Nov 12th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

MP ponteng lagi: Debat parlimen dihentikan kerana tidak cukup korum.

2 min read

KUALA LUMPUR: Sesi debat Bajet 2020 di parlimen sebentar tadi dihentikan sementara kerana korum ahli parlimen di dewan rakyat tidak mencukupi.

Persidangan dihentikan sementara selepas Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan)  bangun mencelah ketika Steven Choong Shiau Yoon (PH-Terbau), sedang memperdebatkan bajet.

“Berdasarkan kepada Perintah Tetap 13, nampaknya dewan tidak cukup korum dan Speaker harus membuat keputusan” kata Nga Kor Ming.

“Kepada ahli parlimen yang berada di luar, sila masuk ke dalam dewan” kata Nga apabila mengarahkan loceng dibunyikan untuk memberitahu ahli parlimen yang berada di luar supaya masuk ke dalam dewan.

Di bawah Perintah Tetap 13, sekurang-kurangnya 26 ahli parlimen mesti berada di dalam dewan untuk membenarkan sidang dijalankan.

Sementara itu, pada sidang akhbar, ketua pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan insiden ini sebagai titik hitam dalam sejarah dewan rakyat apatah lagi baru-baru ini juga terdapat trend ahli parlimen ponteng ketika debat dijalankan.

“Jika kita melihat trend sejak Isnin 14 Okt, malah timbalan perdana menteri pun terpaksa melakukan ciapan apabila beliau menyedari kerusi kosong ketika mendengar debat. 

Pada hari Rabu 16 O?kt, hanya timbalan menteri pendidikan hadir, malah menteri kewangan dan timbalannya turut tiada.”

Hari ini,  ia telah mencapai tahap di mana mereka terpaksa menghentikan prosiding dan membunyikan loceng kerana kurang daripada 26 Ahli Parlimen di Dewan.

“Nampaknya ahli parlimen dan menteri tidak berminat untuk berdebat.

“Saya cadangkan Parlimen dibubarkan dan digantikan oleh anggota Parlimen baru yang lebih berminat mengambil bahagian dalam perdebatan,”

– Datuk Ismail Sabri.

Untuk rekod, pada 23 Julai tahun lepas, perdana menteri Tun Dr Mahathir menyatakan kekesalannya berhubung kehadiran ahli kabinet dan timbalan menteri di parlimen.

Tiga hari kemudian, Timbalan Speaker Datuk Rashid Hasnon menegur menteri dan timbalan menteri atas ketiadaan mereka di Parlimen.

Pada 26 Okt tahun lepas, Speaker Tan Sri Mohamad Arrif Md Yusof turut mengarahkan dewan rakyat ditangguhkan selepas Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) menyatakan bahawa terdapat kekurangan korum.

Setakat ini, kehadiran ahli parlimen di sesi sidang dewan rakyat tidak ditunjukkan kepada umum.

Ini menyebabkan ramai ahli parlimen mengambil sikap sambil lewa mengenai perkara itu dan kebanyakkan dari mereka serong  dengan ponteng sidang.  -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: