
Oleh : Najib Razak
Setelah bongkarnya penyebaran propaganda komik DAP berunsur politik yang juga menyebut tentang perjuangan komunis di Malaysia secara percuma kepada semua sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah jenis kebangsaan, usaha cuci tangan dari DAP sudah bermula.
Sudah biasa untuk DAP cuci tangan setelah terkantoi.
Kali ini, Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan ada sebarang kaitan antara kerajaan Pulau Pinang serta parti DAP dengan museum dan komik tersebut.
“No link between DAP and museum, says Chow”
https://www.thestar.com.my/…/no-link-between-dap-and-museum…
Oh, ya ke?
Mari kita kaji.
1. Kerajaan Pulau Pinang dan Ketua Menteri adalah di bawah parti DAP.
2. Kandungan komik teresebut banyak mempromosikan parti DAP serta pemimpin-pemimpin mereka.
3. Laman web Museum itu mengaku ianya satu usaha kerajaan Pulau Pinang.
“The Penang-Asia Comic Cultural Museum (PACCM) is one of the many-pronged strategies implemented by the Penang State government”
http://paccm.com.my/
4. Muzium ini dirasmikan oleh boss DAP Lim Guan Eng tiga tahun dahulu di mana Bulletin Mutiara, iaitu lidah rasmi kerajaan Pulau Pinang, mengaku museum itu merupakan usaha kerajaan Pulau Pinang: https://www.facebook.com/pg/buletinmutiara/photos/?tab=album&album_id=1321841571166623
https://www.malaymail.com/…/the-serious-business-of…/1087739
6. Superman Hew Kuan Yau dilantik sebagai kurator iaitu boss museum itu sejak ianya ditubuhkan sehingga kini.
Walaupun dikatakan telah “meninggalkan” parti DAP pada tahun 201 apabila dia tegas dengan kenyataan dia bahawa Laut Cina Selatan adalah milik negara China, Hew Kuan Yew merupakan penceremah terunggul DAP sehingga hari ini.
7. Pada awal tahun ini, Hew juga dilantik oleh Duta Khas Malaysia ke China Tan Kok Wai yang juga pengerusi DAP sebagai CEO agensi kerajaan yang menjaga perdagangan dua hala antara negara China dengan Malaysia
https://www.msn.com/en-my/news/national/bekas-ahli-dap-kontroversi-dilantik-ceo-majlis-perniagaan-china-malaysia/ar-BBSWu1z
8. Ketua Menteri Chow Kon Yeow juga mengaku bahawa kerajaan Pulau Pinang memberi peruntukan kepada museum itu tiap-tiap tahun sejak ianya ditubuhkan.
https://www.malaymail.com/…/no-links-between-dap-an…/1801145
Ye lah tu.
RAYKAT akan percaya muzium dan komik itu langsung tidak ada kaitan dengan kerajaan Pulau Pinang dan DAP.
Seperti RAYKAT tetap percaya bahawa komik itu langsung tidak ada unsur propaganda politik serta tidak menyebut komunisme atau mempromosikan parti DAP walaupun ianya jelas tertulis dalam kandungan komik.
DAP terus menipu dan terus berfikir bahawa Rakyat Malaysia adalah tidak bijak.
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. -Editor
Leave a Reply