Komik propaganda: Hew akui cetak 3000 unit, 2500 unit untuk sekolah seluruh negara

Kuala Lumpur, 18 Okt: Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai Superman Hew mengakui sejumlah 3 ribu naskah komik “Inisiatif Jalur dan Jalan” telah dicetak dan 2500 unit daripada itu akan dihadiahkan kepada sekolah-sekolah.

Walau bagaimanapun, Hew menafikan komik tersebut adalah bahan propaganda yang diedarkan kepada pelajar secara meluas kerana menurutnya, sebuah sekolah hanya akan menerima 1 naskah sahaja.

Ini bermakna komik tersebut kemungkinan akan diedarkan ke sekolah menengah ke seluruh negara kerana jumlah sekolah seluruh negara adalah berjumlah 2438 buah.

“Hanya 3000  naskah buku komik ini dicetak dalam Bahasa Melayu, di mana 2500 naskhah akan dihadiahkan kepada pihak perpustakaan sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah jenis kebangsaan untuk tujuan koleksi dan arkib.” – Hew Kuan Yau

Katanya lagi, beliau bertanggungjawab terhadap kandungan komik tersebut dan mendakwa ianya ‘bukan merupakan bahan fitnah terbitan dari puak puak UMNO macam buku (100 Dalil seseorang tidak layak jadi PM) , yang tidak mempunyai info mengenai penerbit dan penulis ‘.

Bekas ahli DAP itu turut mendakwa komiknya itu cuma menjelaskan kenyataan sejarah.

“Buku ini mengandungi 164 muka surat , dan 10 bab, untuk memperkenalkan maksud inisiatif jalur dan laluan, dan merupakan buku komik yang membawa ilmu dan kreatif kepada remaja, antara bab yang ke 9 buku ini, juga membincangkan latar belakang pilihanraya 509,dan kandungan mengenai penghentian projek infrastruktur China oleh Tun Dr Mahathir selepas memegang jawatan PM. Maka, buku ini bukan bahan propaganda, buku ini cuma menjelaskan kenyataan sejarah.” – Hew Kuan Yau

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dinaikkan di akaun facebooknya semalam.

Isu komik ini pertama kali ditularkan oleh bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak yang mendakwa komik tersebut adalah propaganda DAP yang mendapat sokongan kerajaan negeri Pulau Pinang melalui Muzium Kebudayaan Komik Asia.

Beliau turut bertanya kepada Maszlee sekiranya kementerian pendidikan membenarkan pengedaran komik berkenaan di sekolah-sekolah.

“Propaganda dalam komik ini mengagung-agungkan parti DAP, memberi bayangan bahawa kerajaan Malaysia hipokrit dalam layanan kepada komunis dan memburuk-burukkan kerajaan lama serta saya dan keluarga saya,” – Najib Razak

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang yang juga exco pendidikan P Ramasamy  menafikan bahawa Hew menyebarkan propaganda parti itu dan komunis di sekolah, dengan mengatakan “dia bukan lagi ahli DAP”.

Semalam, kementerian pendidikan mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah supaya tidak menerima dan membuat edaran buku komik “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama”.

Tambah kenyataan itu lagi, KPM tidak pernah mengeluarkan kebenaran dan kelulusan untuk pengedaran Buku Komik itu kepada institusi pendidikan termasuk sekolah.

Untuk rekod, Hew Kuan Yau merupakan kurator Muzium Kebudayaan Komik Asia dan sebelum ini merupakan salah seorang penceramah DAP yang popular.

Beliau meletakkan jawatannya sebagai ahli DAP diatas hantaran kontroversi beliau yang berkata laut China Selatan adalah milik negara China.

Walaubagaimanapun, setelah Pakatan Harapan memenangi PRU14 lepas, Hew telah dilantik sebagai ketua  pegawai eksekutif Dewan Perniagaan Malaysia-China.

Pelantikan beliau diumumkan pada Jan 2019 oleh Tan Kok Wai, duta khas ke China yang juga merupakan Pengerusi DAP dan ahli parlimen DAP Cheras. – Buletin TTKM-

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version