Peguam ‘sekolahkan’ pelajar UM yang protes ketika konvokesyen.

Oleh : Azlan Alan.

Dik, kebebasan bersuara tu memang hak kau. Kau nak bersuara suprano macam Ning Baizura ke whistle register macam Kak Yah Carey ke takpa. Kau nak menyalak macam anjing kurap pun takda sapa nak pertikaikan sebab yang bersuara tu kau. Lantak la kau.

Takda sapa pun nak persoalkan hak kau dan cakap kau memang tak layak langsung nak bersuara.

Tapi dik, macam omputeh dalam Casting Couch tu cakap lah, there is always a time and a place for everything.

Maksud dia dik, ada tempat dan masa dia untuk apa apa yang kau nak buat. Kalau kau nak memekak protes kat tengah tengah chancellery ke kau buat lah. Memang pejabat VC kat situ pun. Kau nak menjerit ke mengerang ke apa takda sapa pun kisah. Paling paling tak pun orang carut kau tapi itu masih lagi hak kau.

Takpun masa masa kau free daripada guna wifi universiti layan Tumblr ke Fake Bus ke apa, kau pergila bertawaf dalam kampus minta orang sign referendum ke apa apa la.

Bukan time time orang nak happy masa konvo.

Makcik makcik datang dari kampung tu nak tengok anak anak diaorg lulus dan graduate. Fefeling women diaorg terbayang anak diaorg nanti naik pentas catwalk macam Tyra Banks nak terima scroll. Penat lelah diaorg berhasil jugak tengok anak pakai robe.

Kau pulak memekak rosakkan moment diaorg dengan drama murahan kau tu. Apooo?

Dengan Baginda Sultan ada nak raikan anak anak semua. Tak masuk lagi pensyarah pensyarah bangga tengok students diaorg berjaya juga abeskan study walaupun time belajar dulu memanjang je minta kawan sign kan attendance list masa lecture.

Kau fikir tak semua tu? Tak kan? Sebab apa? Sebab kau ingat semua tempat dan masa adalah sesuai untuk kau cakap apa yang kau nak.

Kau cuba lah nanti dah kerja nanti kau memekak menjerit jerit dengan big boss kau time dia tengah ada event dengan potential clients untuk company yang kau tengah kerja. Kalau dia tak cili kan poen kau tu aku rasa dia spank muka kau pakai cota pak guard. Cuba la dik.

Benda basic macam ni pun kau tak paham macam mana kau nak mulakan alam pekerjaan nanti dik.

Yang ada peguam peguam acah acah tarik diri dari jadi juri pertandingan Mahkamah Olok Olok tu pulak sebab nak tunjuk solidarity pun sama naik juga. Tradisi Mahkamah Olok Olok ni da macam acara wajib untuk law students asah bakat untuk berhujah dalam mahkamah sebenar nanti.

Takda kena mengena students organisation dalam law school UM dengan VC punya stand ke bagai. Objective la sikit.

Propa la masing masing.

Untuk adik propa tu, aku harap kau sedar dan paham lah konteks kebebasan dan ruang lingkup amalan kebebasan tu.

Kalau tak paham juga, kau pergi salon aku selalu buat rambut pastu kau suruh hairstylist aku cuci sekali kepala hotak kau tu terus.

Kbai.


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. Azlan merupakan seorang peguam -Editor.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.