“Super Stupid Superman!” kata Syed Saddiq kepada Hew.

Media sosial, 19 Okt: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyelar pengarang komik “Inisiatif Jalan dan Jalur”, Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai Superman Hew  sebagai “Super Stupid Superman”( Superman yang tersangat bodoh” dan rasis.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di laman facebooknya yang turut mengepilkan   satu halaman dalam komik tersebut yang mendakwa kaum Melayu yang simpati kepada kamuniti islam Ughuir di Xinjiang, China sebagai radikal.

“Saya ulang pendirian saya pada tahun 2016. Dia memang “Super Stupid Superman”! 

Dahulu( 2016), kata laut China Selatan  milik China yang menghina kedaulatan negara.


Sekarang melabel penyokong Melayu yang menyokong komuniti Uighurs sebagai “Radikal”.

Jika ini bukan rasisme, saya tidak tahu apakah ia.😡.

Menjijikkan.”

  • Syed Saddiq

 

Berikut merupakan teks yang dipaparkan pada komik tersebut:

“Selain itu, pemuda Melayu radikal yang prihatin tentang pelaksaan dasar etnik di Xinjiang menyebabkan mereka mempunyai tanggapan yang negatif terhadap China.
Terutamanya dalam hal mengenai kerajaan China mengharamkan sekolompok minoriti kaum Ughur yang terlibat dalam gerakan pemisah yang telah mengancamkan perpaduan dan harmoni masyarakat. (Kaum etnik Uighur hidup di wilayah Xinjiang.” – Komik Inisiatif Jalan dan Jalur, karangan Hew Kuan Yau

Isu komik ini pertama kali ditularkan oleh bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak yang mendakwa komik tersebut adalah propaganda DAP yang mendapat sokongan kerajaan negeri Pulau Pinang melalui Muzium Kebudayaan Komik Asia.

Beliau turut bertanya kepada Maszlee sekiranya kementerian pendidikan membenarkan pengedaran komik berkenaan di sekolah-sekolah.

“Propaganda dalam komik ini mengagung-agungkan parti DAP, memberi bayangan bahawa kerajaan Malaysia hipokrit dalam layanan kepada komunis dan memburuk-burukkan kerajaan lama serta saya dan keluarga saya,” – Najib Razak

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang yang juga exco pendidikan P Ramasamy  menafikan bahawa Hew menyebarkan propaganda parti itu dan komunis di sekolah, dengan mengatakan “dia bukan lagi ahli DAP”.

Berikutan itu, kementerian pendidikan mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah supaya tidak menerima dan membuat edaran buku komik “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama”.

Tambah kenyataan itu lagi, KPM tidak pernah mengeluarkan kebenaran dan kelulusan untuk pengedaran Buku Komik itu kepada institusi pendidikan termasuk sekolah.

Untuk rekod, Hew Kuan Yau merupakan kurator Muzium Kebudayaan Komik Asia dan sebelum ini merupakan salah seorang penceramah DAP yang popular.

Beliau meletakkan jawatannya sebagai ahli DAP diatas hantaran kontroversi beliau yang berkata laut China Selatan adalah milik negara China.

Walaubagaimanapun, setelah Pakatan Harapan memenangi PRU14 lepas, Hew telah dilantik sebagai ketua  pegawai eksekutif Dewan Perniagaan Malaysia-China.

Pelantikan beliau diumumkan pada Jan 2019 oleh Tan Kok Wai, duta khas ke China yang juga merupakan Pengerusi DAP dan ahli parlimen DAP Cheras. – Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.