Akaun facebook Superman Hew dinyah-aktif

Facebook, 21 Okt: Akaun facebook Hew Kuan Yew atau lebih dikenali sebagai Superman Hew kini tidak dapat diakses dipercayai dinyah-aktif.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, Hew dikritik hebat kerana komik Inisiatif Jalan dan Jalur dimana beliau adalah pengarangnya, memaparkan propaganda.

URL akaun facebook Hew Kuan Yew: https://www.facebook.com/KuanYauHew

Buletin TTKM mendapati admin laman tersebut mengambil langkah itu selepas ruangan komennya penuh dengan kritikan oleh netizen berhubung komik propaganda tersebut.

2500 naskhah komik tersebut dicetak untuk diedarkan ke sekolah menengah di seluruh negara.

Ekoran pendedahan dari bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak, kementerian pendidikan mengeluarkan kenyataan melarang komik tersebut dari diedarkan.

Sebelum ini, ketua Armada PPBM, Syed Saddiq menggelar Superman Hew sebagai Super Stupid Hew ekoran kandungan komik tersebut yang menurutnya adalah rasis.

Untuk rekod, Hew Kuan Yau merupakan kurator Muzium Kebudayaan Komik Asia dan sebelum ini merupakan salah seorang penceramah DAP yang popular.

Beliau meletakkan jawatannya sebagai ahli DAP diatas hantaran kontroversi beliau yang berkata laut China Selatan adalah milik negara China.

Walaubagaimanapun, setelah Pakatan Harapan memenangi PRU14 lepas, Hew telah dilantik sebagai ketua  pegawai eksekutif Dewan Perniagaan Malaysia-China.

Pelantikan beliau diumumkan pada Jan 2019 oleh Tan Kok Wai, duta khas ke China yang juga merupakan Pengerusi DAP dan ahli parlimen DAP Cheras. – Buletin TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.