(VIDEO) YB Mansor Othman rebah sewaktu berbahas

Dewan Rakyat, 21 Okt: Ahli parlimen Nibong Tebal, YB Mansor Othman rebah ketika berbahas mengenai belanjawan 2020.

Buletin TTKM menghubungi pegawai khas Yb Kuala Krai , Mohd Amizul Fazly atau lebih dikenali sebagai Haji Joe yang berada di dalam dewan ketika itu, berkata kejadian berlaku lebih kurang jam 3:18 petang.

“Sewaktu beliau berbahas mengenai belanjawan, tiba-tiba beliau tidak sedarkan diri lalu rebah. Ketika ini ahli parlimen yang lain sedang menyedarkan beliau.”  – Mohd Amizul Fazly

Melalui video live streaming dewan rakyat, didapati ketika Mansor Othman rebah, beliau dibantu oleh YB Wong Chen dan  YB Syed Ibrahim.

Speaker, Nga Kor Ming kemudian menghentikan sidang selama 5 minit supaya ahli parlimen Nibong Tebal itu diberi rawatan segera.

“Pegawai perubatan, sila masuk ke dlam dewan untuk berikan bantuan cemas kepada YB Nibong Tebal. Setiausaha dewan, minta pegawai perubatan segera. Mana-mana ahli dewan yang menjadi doktor, sila bantu. Memandangkan keadaan YB Nibong Tebal, saya tangguhkan dewan selama 5 minit di bawah perkara 12(2).” – Nga Kor Ming.

nibong2
Ahli parlimen membantu YB Mansor, gambar oleh Haji Joe.

Buletin difahamkan ketika ini, YB Nibong Tebal sudah kembali sedar dan dikejarkan ke hospital. -Buletin TTKM-

Video ehsan KiniTV

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.