Komik propaganda: “Diamlah!” tempelak Rara kepada Superman Hew, Dyana ‘retweet’.

Twitter, 22 Okt:  Adun DAP Ketari, YB Young Syefura berciap di akaun twitternya dengan menulis “Diam lah” dipercayai ditujukan kepada pengarang komik Inisiatif Jalan dan Jalur, Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai Superman Hew.

Ciapan itu turut di ulang ciap oleh Dyana Sofea.

Pada ciapan itu, Rara  menyertakan artikel berita dari portal Malaysiakini yang memetik Hew Kuan Yau sebagai berkata terdapat menteri tidak tahu beza di antara radikal dan ektrimis yang merujuk kepada Syed Saddiq.

Sementara itu, Dyana Sofea pula menempelak setiausaha agung Pemuda DAP,  Teh Hoong Kiet yang mempertahankan Superman Hew dan  Asia Comic Cultural Museum yang diterajui Hew.

Teh mengkritik AJK DAP Johor, Mahdzir Ibrahim yang didakwanya mengikut rentak Najib.

Menurut Dyana, perkara tersebut tidak boleh lagi dipertahankan malah turut mempersoalkan siapa yang telah menjadi liabiliti kepada parti DAP.

Mahdzir sebelum ini yang mendesak supaya kerajaan negeri Pulau Pinang dan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP menimbang semula sebarang bentuk bantuan kepada Asia Comic Cultural Museum.

Accusing of dancing to Najib’s tune? Is the purpose to associate him to Najib? Lol kalau dia nak ikut Najib, ikut masa Najib berkuasa, bukan sekarang. Benda tak boleh nak backup, masih nak backup. Siapa liabiliti kepada parti sekarang? – Dyana Sofea

 

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version