Komik tiada kaitan dengan DAP – Ketua Pemuda DAPSY

ISU KOMIK “INISIATIF JALUR DAN JALAN”: DAP TIADA KAITAN

Merujuk kepada isu pengiriman sesalinan komik “Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI)” kepada perpustakaan-perpustakaan, saya ingin menegaskan bahawa Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Sayap Sosialis Muda DAP (DAPSY) tidak sama sekali ada kaitan dengan penerbitan komik tersebut.

Muka depan komik. Pengarangnya Superman Hew.

Kandungan komik tersebut adalah perspektif peribadi pengarang hasil inisiatif Asia Comic Culture Museum. Sama ada perspektif tersebut adalah benar atau tidak benar adalah bergantung kepada tafsiran pembaca. Walaubagaimanapun, isi kandungan komik tersebut tidak mencerminkan pendirian DAP mahupun DAPSY.

Di samping itu, DAP menjunjung kebebasan bersuara yang tidak melanggar undang-undang ataupun memudaratkan hak dan kebajikan pihak lain.

HOWARD LEE CHUAN HOW
Ketua Sayap Sosialis Muda DAP Kebangsaan

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.