June 20, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Jangan termakan hasutan troll Najib”- Amaran Pemuda DAP kepada PH.

Kenyataan Media
22hb Oktober 2019
Kuala Lumpur

Keutuhan Pakatan Harapan tunggak Kestabilan Kerajaan Persekutuan

Baru-baru ini kita mengalami perselisihan faham di antara Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dan juga Armada berkenaan beberapa isu yang tidak seharusnya dijadikan isu besar sebenarnya. Namun demikian perselisihan faham yang berlaku pada sedia ada ini hanya menimbulkan persepsi negatif oleh rakyat Malaysia terhadap Pakatan Harapan secara keseluruhannya.

Kenyataan di kalangan sahabat-sahabat Pakatan Harapan mengkritik sesama sendiri hanya akan memakan kita semua. Kita harus ingat bahawa musuh politik kita adalah pembangkang iaitu Barisan Nasional dan PAS di mana mereka sedang melakar langkah untuk cuba menjadi kerajaan melalui pintu belakang. Ini adalah tidak adil kepada majoriti rakyat yang telah memberi mandat kepada Pakatan Harapan pada PRU KE 14 lalu.

Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan telah melancarkan ‘Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) beberapa minggu lepas. Dokumen ini adalah penting kerana kerajaan ingin merangka hala tuju pembangunan negara dalam masa sepuluh tahun yang akan datang.

Di samping itu, Belanjawan 2020 juga telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Sdr. Lim Guan Eng di mana majoriti rakyat Malaysia mendapat manfaat sepenuhnya terutama golongan belia dia mana inisiatif #malaysiakerja mengurangkan masalah pengangguran di kalangan belia dilaksanakan melalui program #graduankerja dan #watankerja.

Inisiatif-inisiatif sebegini adalah penting dan amat bermanfaat kepada rakyat Malaysia untuk jangka masa panjang. Sebagai ahli-ahli pemuda parti Pakatan Harapan, kita harus fokus untuk menyebarkan maklumat sebegini kepada rakyat Malaysia.

Janganlah kita termakan hasutan trol seorang kleptokrat seperti Najib Razak yang hanya menyebarkan fitnah dan kebencian terhadap Pakatan Harapan sehingga memecah belahkan kita semua.

Muhammad Shakir Ameer Mohideen
Naib Ketua Pemuda Sosialis DAP Kebangsaan

 


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM.

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: