Tue. Nov 12th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

KDN haramkan komik propaganda “Inisiatif Jalur dan Jalan” karangan Superman Hew.

2 min read

KENYATAAN MEDIA MENGENAI PERINTAH LARANGAN TERHADAP KOMIK ‘INISIATIF JALUR & JALAN MERAIH  MANFAAT BERSAMA’


23 OKTOBER 2019

1.Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada hari ini mewartakan Perintah Larangan terhadap  tiga (3) penerbitan bertajuk “Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama” serta versi  bahasa Inggeris “Belt & Road Initiative For Win-Winism” dan versi Bahasa Cina  “互利共赢的 一带一路 ” melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 288/2019.


2.Warta Perintah Larangan ini adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan 1984 (Akta 301). Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan,
penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan,
pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.


3.Penerbitan ini dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin
memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan serta mungkin menggemparkan
fikiran orang ramai.


4.Kandungan penerbitan ini antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan
sosialisme, menyebarkan fakta yang salah dan mengelirukan tentang komunis serta
mengandungi unsur untuk membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan
komunis. Ia juga boleh menimbulkan keraguan kepada pembaca khususnya generasi
muda tentang sejarah Malaysia, seterusnya mempertikaikan usaha serta perjuangan
tokoh/pemimpin negara terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan dan
membangunkan negara.


5.Kandungan penerbitan ini dlilihat tidak mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia yang
berbilang kaum dan agama serta dibimbangi boleh memecah belahkan keharmonian dan  perpaduan masyarakat di negara ini.


6.Sehubungan itu, mana-mana orang yang mencetak, mengimport, menghasilkan,
menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk
menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-
apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau didenda tidak melebihi  RM20,000.00 atau kedua-duanya seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 8(2) Akta  301 tersebut.


7.Sekiranya masyarakat awam mendapati masih terdapat penerbitan yang mungkin
melanggar undang-undang Negara diedarkan di pasaran, aduan boleh dibuat kepada
Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, KDN di talian telefon 03 – 88868047 atau faks
03 – 88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman
sesawang http://moha.spab.gov.my.

KEMENTERIAN DALAM NEGERI.

Putrajaya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: