Tue. Nov 12th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Komik propaganda : Superman Hew dipanggil ke Bukit Aman

2 min read

Kuala Lumpur, 23 Okt: Bekas ahli DAP Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai Superman Hew bersama dua lagi individu dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman hari ini berhubung penerbitan komik yang didakwa berunsur propaganda.

Bernama melaporkan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi berkata Hew dan dua lagi individu akan hadir memberi keterangan petang ini.

“Dua lagi individu yang polis panggil mempunyai kaitan dengan penerbitan buku tersebut,” – SAC Mior Faridalathrash Wahid

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan sebagai berkata polis telah mengambil keterangan pelukis komik bertajuk ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ pada Jumaat lepas.

Pada 18 Okt, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan laporan awal oleh bahagian keselamatan kementerian itu mendapati terdapat perkara yang tidak betul dalam komik berkenaan, sekali gus wajar untuk tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang menerbit dan mengedarkan komik tersebut.

Baru-baru ini, media melaporkan komik itu dipercayai diedarkan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di negara ini.

Terkini, menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik mengarahkan KPM untuk menyiasat segera jika terdapat mana-mana individu termasuk anggota dalaman yang bertanggungjawab membenarkan komik propaganda, “Inisiatif Jalur dan Jalan” diedarkan di sekolah.

maszlee
Saya juga telah mengarahkan KPM untuk menyiasat segera jika terdapat mana-mana individu termasuk anggota dalaman yang bertanggungjawab membenarkan komik ini diedarkan di sekolah. KPM akan memastikan siapa sahaja jika terbukti benar dakwaan ini akan diberi tindakan tegas.” – Dr Maszlee Malik. 

Katanya lagi, KPM akan memastikan siapa sahaja yang terbukti melakukan perkara tersebut seperti yang didakwa  akan diberi tindakan tegas.

Pada kenyataan yang sama, Dr Maszlee turut  mengkritik ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan melarang penyebaran komik tersebut supaya kembali mematuhi semangat “rule of law” dan juga “collective responsibility” selain menggesa pimpinan DAP untuk mendisiplinkan ahlinya termasuk Ronnie Liu yang disifatkan beliau sebagai biadap.

Saya juga ingin menggesa pimpinan DAP untuk mendisiplinkan ahli-ahli mereka agar menghormati keputusan kerajaan dan patuh terhadap perlembagaan dan undang-undang negara. Kedua perkara inilah yang membina negara kita.

Tindakan merendah-rendahkan parti komponen lain seperti yang dilakukan oleh Saudara Ronnie Liu ialah tindakan yang biadab dan sangat tidak berasas.

Budaya politik murahan begini hanya akan merosakkan keadaan. Ia membawa lebih banyak perpecahan malah membantutkan agenda reformasi yang sedang kita laksanakan. – Dr Maszlee.

 

– Buletin TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: