Maszlee arah KPM siasat anggota dalaman benarkan komik diedar.

Putrajaya, 23 Okt : Menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini mengarahkan KPM untuk menyiasat segera jika terdapat mana-mana individu termasuk anggota dalaman yang bertanggungjawab membenarkan komik propaganda, “Inisiatif Jalur dan Jalan” diedarkan di sekolah.

Katanya lagi, KPM akan memastikan siapa sahaja yang terbukti melakukan perkara tersebut seperti yang didakwa  akan diberi tindakan tegas.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran yang dinaikkan di laman facebooknya pagi tadi.

Pada Isnin lepas, bekas perdana menteri Dato Seri Najib Razak menaikkan gambar menunjukkan timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching menerima beberapa naskah komik tersebut dari pengarangnya sendiri, Superman Hew.

Ahi parlimen Pekan itu juga turut mempersoalkan Maszlee sama ada beliau ada bertanyakan hal itu kepada timbalannya.

Pada kenyataan yang sama, Dr Maszlee jturut  mengkritik ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan melarang penyebaran komik tersebut supaya kembali mematuhi semangat “rule of law” dan juga “collective responsibility” selain menggesa pimpinan DAP untuk mendisiplinkan ahlinya termasuk Ronnie Liu yang disifatkan beliau sebagai biadap.

Saya juga ingin menggesa pimpinan DAP untuk mendisiplinkan ahli-ahli mereka agar menghormati keputusan kerajaan dan patuh terhadap perlembagaan dan undang-undang negara. Kedua perkara inilah yang membina negara kita.

Tindakan merendah-rendahkan parti komponen lain seperti yang dilakukan oleh Saudara Ronnie Liu ialah tindakan yang biadab dan sangat tidak berasas.

Budaya politik murahan begini hanya akan merosakkan keadaan. Ia membawa lebih banyak perpecahan malah membantutkan agenda reformasi yang sedang kita laksanakan. – Dr Maszlee.

Berikut merupakan kenyataan penuh Dr Maszlee:

Sebagai Menteri Pendidikan, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa komik propaganda politik tersebut tidak pernah mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM tidak akan membenarkan pengedarannya ke sekolah-sekolah di bawah KPM.

Semua sekolah yang telah menerima komik tersebut telah diarahkan untuk tidak disebarluaskan. KPM tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempergunakan sekolah sebagai alat propaganda murahan.

Saya juga telah mengarahkan KPM untuk menyiasat segera jika terdapat mana-mana individu termasuk anggota dalaman yang bertanggungjawab membenarkan komik ini diedarkan di sekolah. KPM akan memastikan siapa sahaja jika terbukti benar dakwaan ini akan diberi tindakan tegas.

Saya ingin menasihatkan mana-mana ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan agar kembali mematuhi semangat “rule of law” dan juga “collective responsibility”.

Saya juga ingin menggesa pimpinan DAP untuk mendisiplinkan ahli-ahli mereka agar menghormati keputusan kerajaan dan patuh terhadap perlembagaan dan undang-undang negara. Kedua perkara inilah yang membina negara kita.

Tindakan merendah-rendahkan parti komponen lain seperti yang dilakukan oleh Saudara Ronnie Liu ialah tindakan yang biadab dan sangat tidak berasas.

Budaya politik murahan begini hanya akan merosakkan keadaan. Ia membawa lebih banyak perpecahan malah membantutkan agenda reformasi yang sedang kita laksanakan.

Yb Dr Maszlee Malik
23 Oktober 2019

-Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.