Tue. Nov 12th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Eksklusif: Bukti komik propaganda diedarkan ke sekolah

2 min read

Oleh : Editorial TTKM.

Menurut kata pengantar oleh Hew Kuan Yau dalam komik Inisiatif Jalur dan Jalan, percetakan komik adalah ditaja oleh syarikat Sunshine Beacon Limited (HK) melalui dana “Big Sunshine Dream Fund”.

Tambahnya lagi, pengasas dan presiden Sunshine Beacon, Dato Woo Swee Lian turut mencadangkan supaya komik itu diterjemahkan ke bahasa Melayu dan English untuk memperomosikan Belt and Road Initiative kepada rakyat Malaysia.

57467913_597717084042348_5983906328374935552_n.jpg

Untuk memahami lebih lanjut mengenai Sunshine Beacon, kami menyusuri laman facebooknya dan mendapati syarikat tersebut merupakan organisasi pro pendidikan cina dan terdapat banyak aktiviti yang dilakukan mereka di dalam sekolah jenis kebangsaan cina di Malaysia mahupun di China.

Pada 6 Mei, facebook Sunshine Beacon mula menaikkan gambar muka depan dan prakata komik.

Pada 9 Mei 2019, laman facebook Sunshine Beacon itu mengumumkan komik tersebut dikeluarkan dalam 3 bahasa. Gambar ratusan naskhah komik turut disertakan sambil dipegang oleh Hew Kuan Yau dan pelukisnya Puan Tomato.

Pada 10 Mei 2019, laman facebook tersebut menaikkan kenyataan Hew Kuan Yau berhubung penyerahan komik tersebut kepada presiden China. Turut disertakan adalah gambar presiden China sedang membelek komik tersebut bersama perdana menteri dan menteri-menteri di sebelahnya.

Antara menteri-menteri lain yang turut berada dalam acara itu adalah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah, Menteri Ekonomi, Azmin Ali, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin.

Pada 19 Julai 2019, Sunshine Beacon mula mengedarkan komik tersebut di pantai timur.

Ini yang mengejutkan, pada 26 Julai 2019, 100 naskhah komik disumbangkan oleh Hew Kuan Yau kepada SJK (C) Bukit Tinggi Bentong Pahang, dan ia dijual oleh organisasi tersebut pada harga RM25 di dalam dewan sekolah untuk meraih dana.

Untuk rekod, sebelum ini Hew berkata satu sekolah hanya dibekalkan dengan satu komik.

Gambar komik tersebut dijual kepada ibu bapa para pelajar:

Kementerian Pendidikan menafikan ada memberikan kebenaran untuk komik tersebut diedarkan di sekolah.

Persoalannya, bagaimana Superman Hew boleh mengedarkan komiknya di sekolah tanpa kelulusan tersebut?

Peranan organisasi Sunshine Beacon dalam penajaan dan penyebaran komik ini juga wajar diteliti oleh pihak berkuasa. Jangan sampai nasi menjadi bubur.

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: