Tue. Nov 12th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Komik itu cenderahati, tak perlu dapat kebenaran Najib untuk terima” – Teo Nie Ching

2 min read

Putrajaya, 24 Okt : Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching akhirnya membuka mulut setelah tiga hari diasak oleh bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak berhubung isu komik propaganda yang diharamkan Kementerian Dalam Negeri, Inisiatif Jalur dan Jalan.

Pada satu hantaran di laman facebooknya, ahli parlimen DAP Kulai itu berkata gambar beliau menerima komik tersebut seperti yang dimuat naik oleh Najib merupakan perjumpaan beliau dengan Dr. Hew Kuan Yau.

Teo Nie Ching juga berhadap Najib  tidak menangguk di air keruh dengan mengambil kesempatan untuk memfitnah hanya dengan satu gambar tersebut.

Katanya lagi, perjumpaan itu adalah selepas lawatan kerja beliau  ke China pada awal September yang lalu. Dr. Hew telah berkongsi bagaimana Malaysia China Business Council boleh membantu pelajar Malaysia mendapatkan biasiswa sekiranya berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke China.

Tambah Nie Ching, komik tersebut adalah cenderahati yang diterimanya semasa pertemuan itu dan beliau tidak memerlukan kebenaran Najib untuk menerima sebarang cenderahati. 

“Sepanjang saya menjadi Timbalan Menteri Pendidikan, pelbagai cenderahati termasuk buku hasil penulisan tempatan dan luar negara telah diterima. Gambar saya menerima komik daripada Dr. Hew itu adalah cenderahati yang diberikan semasa pertemuan tersebut. Baru-baru ini saya juga ada menerima buku “A Doctor in The House” yang dihadiahkan oleh Wanita IKRAM Malaysia, adakah saya perlu mendapat kebenaran Dato’ Seri Najib?” – Teo Nie Ching. 

 

Mengenai pertanyaan Najib bagaimana Dr Hew memperoleh ribuan alamat sekolah-sekolah , Teo Nie Ching berkata alamat itu bukanlah maklumat sulit dan ia boleh didapati atas talian.

“Alamat premis kerajaan seperti sekolah, hospital, balai polis malah pejabat Menteri dan Timbalan Menteri bukanlah maklumat sulit, semua alamat ini boleh didapati atas talian. Saya hairan Dato’ Seri Najib tidak tahu mengenai perkara ini. Saya berharap agar Dato’ Seri Najib tidak menangguk di air keruh dengan mengambil kesempatan untuk memfitnah hanya dengan satu gambar tersebut.” – Teo Nie Ching

Sementara itu, rata-ratanya di ruang komen hantaran Teo Nie Ching, netizen mengkritik timbalan menteri tersebut berhubung isu ini dan bertanyakan pelbagai soalan tetapi tidak dijawab oleh beliau. 

李沙展 Selepas menerima komik tersebut dari Dr Hew, YB pernah baca dan apa pendapat YB?

Sivagp Ganasan Jadi awak terima buku tanpa mengetahui kandungnya? Begitu?

Zodinho Pernambucano Lama btul nk karang ayat cover damage…😂😂😂

Azmi Razali Menteri Dan timbalan tak pernah beri kelulusan komik jahat itu diedar Di sekolah. So, bagaimana komik2 jahat itu boleh berada Di 2500 buah sekolah seluruh negara? Ada pihak atasan Cuba membodohkan satu negara! Perkara ini mesti disiasat. Satu laporan kertas putih mesti dibuat!!!!

Muhaimin Zakaria Apa pendapat Puan mengenai kandungan komik tersebut? Adakah Puan bersetuju dengan kandungan dan mesej yg disampaikan dalam komik tersebut?

AwisArkani Yusuf Adakah YB setuju dengan isi kandungan komik tersebut?

Ahmad Mus kau perlu bertanggungjawab la mcm mana boleh lepas kt sekolah2??

Luzm Km Kata pengantar oleh Menteri Kewangan Malaysia… Betul ke YB?

Walaubagaimanapun, Teo Nie Ching hanya menjawab satu komen netizen dari pengguna bernama Walid Ismail  yang berkata beliau nampak comel. – Buletin TTKM- 

 

tak cantik.JPG

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: