“Saya tak setuju pengharaman komik, semak semula”- gesa Kit Siang kepada KDN.

Oleh : Lim Kit Siang.

Hew adalah seorang yang bersemangat “darah muda” — yang lain daripada yang lain, sehingga dilihat sebagai seorang yang kasar dan tidak sopan — dalam perjuangannya untuk sebuah Malaysia yang lebih baik, adalah mustahil untuk beliau menjadi seorang komunis ataupun memperjuangkan komunisme

Saya telah mengenali Hew Kuan Yaw selama tiga dekad, sejak daripada hari awal perjuangan beliau untuk sebuah Malaysia yang lebih baik dan adil. Walaupun beliau merupakan seorang yang bersemangat “darah muda” yang lain daripada yang lain, sehingga kelihatan seperti seorang yang kasar, tidak beradab dan memalukan, saya tidak percaya yang beliau akan sekali-kali memperjuangkan komunisme, apatah lagi menjadi seorang komunis.

Amatlah mengejutkan apabila saya membaca laporan di mana buku komik beliau yang bertajuk Inisiatif Jalur dan Jalan: Meraih Manfaat Bersama telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atas beberapa sebab, antaranya; mempromosikan komunisme dan menunjukkan simpati terhadap perjuangan komunis.

Saya mempunyai banyak perbezaan idea dan pemikiran dengan Hew dan saya belum berpeluang untuk membaca buku komik beliau ketika isu ini menjadi hangat, tetapi saya percaya yang beliau bukanlah seorang komunis ataupun seorang yang bersimpati dengan komunis.

Saya tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mendakwa buku komik Hew mempromosi dan bersimpati dengan perjuangan komunis.

Saya menyeru supaya pegawai Kementerian menyemak semula pengharaman ini, selari dengan agenda keterbukaan Pakatan Harapan tanpa meremehkan isu keselamatan dalam negara.

Malahan, Janji ke-27 Buku Harapan secara terang-terangan menyeru pemansuhan undang-undang menindas seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis 24 Oktober 2019)


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM- Editor

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.