Tue. Nov 12th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Video: Perancang kongres Melayu bersubahat dengan jenayah pada masa lalu – Anwar Ibrahim.

2 min read

Bakal perdana menteri ke 8, Dato Seri Anwar Ibrahim mendakwa perancang Kongres Maruah Melayu dan barisan baharu adalah mereka yang bersubahat dengan jenayah pada masa lalu.

Tambahnya lagi, kongres tersebut menggunakan sentimen perkauman untuk melindungi rasuah dan mengabaikan ketidak sama rataan dalam masyarakat.

Beliau berkata demikan dalam satu wawancara dengan stesen televisyen Turki, The Newsmakers pada Selasa 22 oktober lepas.

Berikut merupakan transkrip kenyataan beliau:

“Perintis dan perancang apa yang dikatakan sebagai kongres ini, dan barisan baharu adalah mereka yang bersubahat dengan jenayah pada masa lalu. Mereka sepenuhnya tidak sedar atau diam atau dibisukan apabila ada rasuah besar-besaran.

Mereka tidak ambil berat, mereka tidak menyatakan isu ini kebanyakan orang melayu yang miskin atau ketidaksamaan kasar di negara ini.

Jadi menurut fikiran saya, untuk membantu orang Melayu, untuk mempunya program yang telus untuk membantu orang miskin tanpa mengira kaum, yang kebanyakannya adalah orang melayu.

Jadi kenapa anda bercakap tentang ketuanan Melayu sedangkan anda membiarkan mereka dalam kemiskinan dan memperkayakan beberapa orang, anda membiarkan rasuah dan mengabaikan nilai etika, dan nilai universal Islam? ” – Anwar Ibrahim.

Pada 6 oktober lepas, satu kongres yang dinamakan Kongres Maruah Melayu dianjurkan oleh Universiti Malaya bersama Universiti Teknologi Mara, Universiti Perguruan Sultan Idris dan Universiti Putra Malaysia.
Kongres tersebut turut dihadiri beberapa pemimpin daripada Pakatan Harapan seperti Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Presiden Parti Amanah Nasional, Mat Sabu, manakala Anwar tidak menghadirinya kerana dijemput pada saat akhir – Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: