Eksklusif: Kaitan komik propaganda dengan DAP dan kerajaan negeri P.Pinang

Kuala Lumpur, 28 Okt: Melalui maklumat dari komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih, karangan Hew Kuan Yau, penerbit komik tersebut adalah Asia Comic Cultural Museum.

74337374_10156437468820952_1757365119894945792_n.png

Muzium tersebut pula dimiliki oleh PYDC Strategies Sdn Bhd, syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

komik bodoh.JPG

Melalui semakan data di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Buletin TTKM mendapati PYDC Strategies Sdn Bhd hanya mempunyai satu pemegang saham iaitu CHIEF MINISTER OF PENANG (INCOPORATION) yang beralamat di PENANG STATE SECRETARIAT OFFICE,
LEVEL 47, KOMTAR,10000, GEORGE TOWN, PULAU PINANG, Malaysia.

Ini bermakna, syarikat tersebut adalah 100% milik kerajaan negeri Pulau Pinang.

milik.JPG

Menteri kewangan, Lim Guan Eng juga pernah menjadi pemegang saham tetapi melepaskan pegangannya pada tahun 2018.

milik3.JPG

 

 

Syarikat tersebut ditubuhkan pada tahun 2012 dan tertulis perniagaan yang dijalankan adalah ” membantu pembangunan belia dalam semua aspek”

milik2.JPG

Menurut laporan The Star, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow menafikan kaitan kerajaan Pulau Pinang mahupun DAP dengan Asia Comic Cultural Museum. Katanya kerajaan negeri hanya membantu  menyewa ruang untuk muzium tersebut.

Tambahnya lagi, ia cuma kerjasama PYDC dengan syarikat PYDC Strategies Sdn Bhd untuk menubuhkan Asia Comic Cultural Muzium.

Chow denied the allegation and said the state government only gave support in terms of renting a space to the Asia Comic Cultural Museum.

“It is the only relationship between (the museum) and the state government. It is not an agency under the state government.

“It was just a collaboration between PYDC and the company to set up the Asia Comic Cultural Museum, ”

Nampaknya ketua menteri Pulau Pinang harus menjelaskan lebih lanjut.

Syarikat PYDC Strategies Sdn Bhd ditubuhkan lebih awal, dan bukan ditubuhkan semata-mata untuk Asia Comic Cultural Museum.

Lihat tarikh syarikat ditubuhkan, iaitu pada 14/03/2012/. Asia Comic Cultural Museum pula ditubuhkan pada tahun 2016, 4 tahun selepas penubuhan PYDC Strategies Sdn Bhd.

Lihat pula senarai nama pengarah syarikat yang kesemuanya berjumlah 10 orang.

KANTOI.jpg

3 orang daripadanya adalah wakil rakyat DAP, seorang ketua DAPSY Pulau Pinang, dua wakil rakyat PKR dan selebihnya mungkin orang kebanyakan.

Bagaimanakah tiada kaitan komik tersebut dengan DAP apabila pengarah syarikat PHDC Sdn Bhd yang memiliki Asia Comic Museum,  majoritinya adalah ahli dan wakil rakyat DAP?  -Buletin TTKM-

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.