Dewan Rakyat, 29 Okt : Menteri Pendirikan, Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam-PH) hari ini mempertahankan timbalannya, Teo Nie Ching yang menerima beberapa naskhah propaganda Superman Hew di pejabat kementerian.
Tambahnya lagi, adalah menjadi kelaziman kepada mana-mana pengarang untuk untuk mengambil gambar apabila menghadiahkan buku-buku mereka sama ada kepada menteri-menteri mahupun ahli Parlimen.
Tambah Maszlee lagi, itu tidak bermakna, individu yang menerima buku tersebut mengiktiraf kandungan mahupun penulisan di dalamnya.
“Ini bukanlah satu insiden terpencil. Saya yakin, ramai menteri dan ahli-ahli Parlimen juga kadang-kala diserbu untuk diberikan buku-buku tertentu oleh pengarang-pengarang lantas mereka mengambil gambar. Ini tidak boleh dijadikan bukti pengiktirafan. Beliau (Teo Nie Ching) tidak pernah keluar apa-apa kenyataan bertulis mengiktiraf.
Apa pun, tak kiralah gambar siapa, gambar Timbalan Perdana Menteri ke, gambar Ketua Setiausaha ke, gambar mana-mana Ahli Parlimen ke, yang penting Menteri Pendidikan tidak benarkannya. Keputusan di tangan saya,” – Dr Mazlee Malik.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan dari ahli parlimen Kuala Kangsar (BN), Datin Mastura di dewan rakyat hari ini.
Sementara itu, pada satu lagi soalan Datin Mastura (Kuala Kangsar BN) berhubung bagaimana prakata pada komik tersebut boleh ditulis oleh YB Bagan( Lim Guan Eng), Maszlee tidak menjawab soalan tersebut. -Buletin TTKM-