Tue. Nov 12th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Rakyat mahu tahu projek baru PH, bukan propaganda 1MDB- Najib jawab Guan Eng

3 min read

Oleh : Najib Razak.

Oleh kerana dia tidak gembira dengan saya sering membuat posting yang membuktikan hutang negara naik dengan begitu pantas di bawah PH, Guan Eng sekali lagi menggunakan siaran media rasmi kerajaan untuk memainkan propaganda politik menipu tentang1MDB.

Orang awam yang tidak meneliti kandungan siarannya tentu akan terpengaruh oleh tajuk berita dia.

Tapi biarkan saya jelaskan.

Guan Eng kata dalam tempoh empat tahun dari tahun 2017 hingga tahun 2020 (yang belum sampai pun), kerajaan pusat terpaksa membelanjakan RM13.9 bilion untuk membayar balik hutang 1MDB.

j1.png

Jika diperhatikan angka yang Guan Eng beri, dia kata kerajaan BN (bukan PH lagi) dahulu bayar RM6.7 bilion untuk menjelaskan hutang 1MDB pada tahun 2017.

Angka RM6.7 bilion itu termasuk US$1 bilion (RM4.4 bilion) yang dihantar oleh IPIC kepada 1MDB tanpa faedah pada tahun 2015.
http://www.astroawani.com/…/1mdb-bayaran-1-bil-daripada-ipi…

1MDB memulangkan US$1 bilion ini kepada IPIC pada tahun 2017.

Ianya bukan bayaran hutang seperti digambarkan oleh Guan Eng.

Ya, Tidak boleh dinafikan bahawa 1MDB perlu membayar hutang dan faedah hutang kerana semua dana 1MDB adalah dari hasil pinjaman – bukan dari kerajaan atau wang rakyat.

Kalau wang itu dipinjam, memang kena bayar balik dengan faedah.

Tetapi apa yang kita dapat dengan pinjaman 1MDB itu?

1. Menyelesaikan masalah perjanjian penjana elektrik bebas (IPP) berat sebelah ketinggalan PM ke-4 yang menyunmbang RM8 bilion hingga RM10 bilion kepada PETRONAS setiap tahun untuk tempoh 20 tahun yang akan datang.

Saksi telah mengaku peranan 1MDB itu dalam Mahkamah. Rujuk gambar di bawah:

j2.png
Terjemahan: “Menurut Shafee, keuntungan Petronas melonjat apabila IPP disatukan, dimana ia mengurangkan subsidi yang dibayar oleh syarikat minyak nasional itu. Shahrol berkata ia bukan hanya sebab itu, tetapi ia mungkin menyumbang kepada prestasi positif Petronas” 

j3

Dengan penyelesaian itu juga, harga saham TNB naik tiga kali ganda dari RM5 hingga RM16 setelah keuntungan TNB berganda naik. Ini memberi manfaat kepada semua ahli Tabung-tabung rakyat seperti KWSP, PNB, Tabung Haji dan KWAP.

2. 1MDB membina atau menaik taraf lapan pangkalan udara negara termasuk pangkalan udara Sendayan yang merupakan pangkalan paling besar dan paling moden negara.

3. Projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan RM140 bilion di mana kerajaan PH telah menjual sebahagian dari projek ini dengan harga RM7.41 bilion pada bulan April tahun ini.

4. Projek TRX dengan nilai pembangunan RM40 bilion.

5. Perjanjian penyelesaian dengan IPIC di mana syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu berjanji untuk memulangkan segala dana yang disyarki hilang sebelum 30 Disember 2020.

Itu apa yang negara dapat kerana hutang 1MDB.

Kawan-kawan boleh menilai untuk sendiri jika hutang ini memberikan pulangan positif kepada negara atau tidak.

Bagaimanapun, siaran media Guan Eng langsung tidak sebut tentang hutang negara yang naik begitu cepat di bawah kerajaan PH.

a) PH tambah RM54.2 biloin kepada hutang negara tahun 2018 lepas.
b) PH sudah tambah RM69.9 bilion kepada hutang negara setakat tahun 2019 ini.
c) PH telah menjual hampir RM50 bilion aset negara yang akan banyak mengurangkan pendapatan negara pada masa depan.
d) PH telah menjarah RM82 bilion dari kerajaan.

 

Guan Eng perlu jawab apa yang Rakyat dan Negara dapat dari dana ratusan bilion itu.

Apa aset baru atau projek baru yang telah dibina oleh PH?

Itu yang Rakyat ingin tahu dari Guan Eng – bukan satu lagi siaran media propaganda 1MDB.

Apa yang Rakyat dapat dari siaran media propaganda kamu hari ini? -Buletin TTKM-


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKMKenyataan terdahulu Lim Guan Eng berhubung isu ini boleh baca di sini -Editor.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: