Tue. Nov 12th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

RM13.9 bil dibelanjakan untuk hutang 1MDB dan SRC International- Lim Guan Eng

2 min read

KUALA LUMPUR, 20 Sept -- Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Program Ruang Bicara bertajuk ‘Sales and Services Tax (SST)’ di Wisma Bernama hari ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

RM13.9 BILION TERPAKSA DIBELANJAKAN UNTUK HUTANG-HUTANG
1MDB DAN SRC INTERNATIONAL SEJAK 2017

Oleh : Lim Guan Eng

Seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020, sejumlah RM2.7 bilion telah disediakan untuk 2020 untuk melunaskan bayaran khidmat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC). Pada tahun 2019, sebanyak RM2.4 bilion perlu dibayar untuk bayaran-bayaran tahun ini . Selain daripada menggunakan dana awam, bayaran-bayaran ini juga bergantung kepada dana pemulihan aset 1MDB sebanyak kira-kira RM1.45 bilion setakat ini yang berjaya dikembalikan, serta kutipan derma orang ramai kepada Tabung Harapan Malaysia sebanyak RM203 juta.

Di samping itu, Kerajaan (melalui Kementerian Kewangan dan syarikat MKD lain) telah membuat pembayaran balik hutang sebanyak RM8.8 bilion bagi pihak 1MDB dan SRC untuk tahun 2017 (RM6.7 bilion) dan 2018 (RM2.1 bilion). Ini bermakna RM13.9 bilion perlu dibelanjakan sejak 2017 hingga 2020 untuk 1MDB dan SRC.

Pembayaran balik hutang-hutang 1MDB dan SRC tersebut telah disembunyikan oleh kerajaan terdahulu dan hanya didedahkan selepas Kerajaan Persekutuan bertukar pada 9 Mei 2018. Jelas sekali, pembayaran balik Kerajaan untuk membiayai kerugiankerugian akibat skandal 1MDB dan SRC adalah sebahagian daripada skim penyelewengan kewangan dan salahlaku “kleptokrasi” kerajaan terdahulu.

Jumlah yang telah dibayar oleh
MOF dan syarikat MKD bagi 1MDB dan SRC.
 2017 RM6.7 bilion
 2018 RM2.1 bilion
Jumlah yang telah disediakan
untuk melunas hutang-hutang 1MDB dan SRC.
 2019 RM2.4 bilion
 2020 RM2.7 bilion
Jumlah Keseluruhan 2017 – 2020  RM13.9 bilion

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkata bahawa salah satu daripada cabaran terbesar selepas menumbangkan rejim kleptokratik tersebut, ialah membersihkan kerosakan yang ditinggalkan dan membina semula negara kerana ia perlukan banyak usaha, masa dan kewangan, sambil menambah “apa yang kami temui adalah jauh lebih teruk daripada apa yang kami percaya”. Skandal kewangan dan penyelewengan oleh kerajaan terdahulu samada berkaitan dengan 1MDB atau yang bukan 1MDB dianggarkan membabitkan kira-kira RM150 bilion.

Kes 1MDB sahaja melibatkan jumlah sebanyak RM 51 bilion termasuk faedah yang hanya akan dilangsaikan sepenuhnya pada tahun 2039. Bayangkan betapa besar impak jumlah RM13.9 bilion, yang perlu dibelanjakan sejak 2017 hingga 2020 untuk membiayai kerugian skandal 1MDB dan SRC, sekiranya ia dapat digunakan untuk kebajikan rakyat. Walaubagaimanapun, Kerajaan ini akan tetap komited untuk menunaikan amanah menjalankan pembangunan dan kebajikan rakyat.

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng

Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
29 Oktober 2019


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM- Editor.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: