πŒπ„ππ†π€ππ€ π™π€π‡πˆπƒ ππ”π“π”π’πŠπ€π πŒπ‚π€ π”ππ“π”πŠ ππ‘πŠ 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 ππˆπ€πˆ?

Oleh : Nabeel Naqie

Ini adalah analisis Nabeel tentang kenapa BN meletakkan calon MCA pada PRK Tanjung Piai kali ini.

Abang kakak baca dulu. Keputusan ini sangat strategik dan rasional.

Jangan ingat Presiden UMNO dan Pengerusi BN, DS Zahid tak stress nak buat keputusan kali ini. Ini bukan keputusan mudah memandangkan beliau terima tekanan cukup besar dari UMNO Johor dan UMNO Tanjung Piai.

Masyarakat Cina tidak akan langsung mengundi calon UMNO sekiranya kerusi ini diambil dari MCA. MCA sudah pasti akan protes dan tanpa wakil kaum Cina ketika kempen, kita boleh lupakan undi kaum Cina untuk calon UMNO-PAS kerana sudah semestinya mesej kempen akan berkisar tentang Penyatuan Ummah.

Dan pecahan kaum di Tanjung Piai adalah begini:

Melayu 56%
Cina 42%

Jom kita fikir senario paling teruk.
Katalah kita tak dapat apa-apa undi langsung dari kaum Cina. ZERO %! Katalah kaum Cina keluar mengundi calon PH atau Gerakan atau langsung tak keluar mengundi….kita perlukan sebanyak 90% undi Melayu untuk menang!

Kiraanya begini…

90% X 56% = 50.8% (untuk menang tipis)

Apa gerenti UMNO akan dapat 90% sokongan padu undi Melayu?

Jadi sungguhpun Presiden UMNO tahu tentang keinginan UMNO Johor, beliau perlu melihat skop yang lebih besar.
Sekiranya calon UMNO bertanding dan tewas, seluruh momentum Penyatuan Ummah dan Muafakat Nasional yang dibina dan dicanang selama ini akan musnah dan dilihat sebagai ditolak rakyat!

Momentum yang telah dibina untuk maju ke PRU15 turut lesap.

Risiko sekiranya kalah sebenarnya adalah jauh lebih besar bagi UMNO berbanding MCA.

Meletakkan calon MCA tidak merugikan BN dan PAS. Sekiranya MCA menang, ia merupakan satu lonjakan semangat bagi MCA dan juga BN. Sekiranya MCA kalah, UMNO boleh saja katakan bahawa ini adalah kerana kami tak letakkan calon UMNO.

Tetapi adalah merupakan kemusnahan maha besar bagi UMNO sekiranya UMNO bertanding dan kalah! Kerosakan besar buat PAS dan Agenda Muafakat Nasional kerana PH pasti akan mencanang ke seluruh negara bahawa Agenda Muafakat Nasional telah ditolak rakyat.

Keputusan Presiden UMNO ini adalah keputusan strategikΒ terbaikΒ bagi semua bukan hanya bagi PRK kali ini tetapi juga bagi menghadapi PRU ke 15 nanti. – tertutama juga undi-undi Sabah dan Sarawak.

#NotaKaki:

Meletakkan calon MCA sebenarnya adalah keputusan strategik dan bermanfaat:

1. Ia menguji Muafakat Nasional antara BN – PAS. Bagaimana kerjasama ini melangkaui sempadan kaum.

2. Menguji sentimen pengundi Cina. Adakah mereka tetap sama pendirian selepas hampir dua tahun dikencing atau sudah berubah.

3. Menang kalah tak merubah apa-apa. Kalau menang adalah bonus. Kalau kalah, ianya boleh dijadikan kayu ukur untuk PRU ke 15.

Itulah sebab pemimpin tertinggi PAS juga sokong calon dari MCA.

Nabeel Naqie
Anak Muda Rasional

 


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM – Editor.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.