Tanjung Piai, 2 Nov: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta pihak pembangkang dan Pakatan Harapan mengelakkan dari memainkan sentimen agama dan perkauman ketika kempen PRK Tanjung Piau.
Selain itu, beliau turut menggesa pengundi memilih berdasarkan apa yang boleh dilakukan untuk rakyat, seperti keupayaan kerajaan membayar gaji penjawat awam .
“Marilah kita bertanding dengan apa yang boleh kita lakukan untuk rakyat dan bagaimana kita boleh membuat hidup mereka lebih baik dan memastikan bahawa kita bangga dengan negara yang bersih dan anda mempunyai pengurusan ekonomi yang betul, di mana kerajaan dapat melaksanakan tugas kepada rakyat dan mampu membayar gaji penjawat awam” – Lim Guan Eng.
Beliau yang juga menteri kewangan juga berkata masalah ekonomi yang sangat teruk dilakukan oleh pembangkang menyebabkan mereka tidak mampu membayar gaji pegawai negeri”
“Tidak seperti pembangkang, anda sudah tahu bahawa mereka menyebabkan semua masalah rasuah di Malaysia dan pengurusan ekonomi sangat teruk sehingga menyebabkan mereka tidak mampu membayar gaji penjawat awam” – Lim Guan Eng.
Pilihanraya kecil Tanjung Piai kali ini menyaksikan pertandingan enam penjuru iaitu:
- Karmaine Sardini – Pakatan Harapan (PPBM)
- Wee Jek Seng – Barisan Nasional (MCA)
- Wendy Subramaniam – Gerakan.
- Ang Chuan Lock – Bebas
- Faridah Aryani Ab Ghaffar. – Bebas.
PRK Parlimen Tanjung Piai bakal diadakan pada 16 Nov ini, berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 Sept lepas berikutan komplikasi jantung.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Dr Md Farid mewakili PH dari PPBM menang tipis parlimen itu dengan memperoleh 21,255 undi menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (20,731 undi) dan calon PAS Nordin Othman (2,962 undi). -Buletin TTKM-
Video ehsan KiniTV: