Tue. Nov 12th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

PRK Tanjung Piai: Aibkan calon PH, polis buat siasatan.

1 min read

PONTIAN, 2 Nov — Polis Johor sedang menjalankan siasatan berhubung satu laporan mengaitkan pemilik akaun Facebook yang didakwa telah mengaibkan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini.

Bernama melaporkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din sebagai berkata, laporan itu telah diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian pada 29 Okt.

Beliau berkata, siasatan itu dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sekarang ini masih dalam proses mengenal pasti siapa pemilik akaun peribadi itu dan sekiranya telah dikenal pasti kita akan menjalankan tangkapan ke atas suspek di bawah seksyen itu,” – Datuk Mohd Kamarudin Md Din

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan pada 16 Nov ini, berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 Sept lepas berikutan komplikasi jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Dr Md Farid mewakili PH dari PPBM menang tipis Parlimen itu dengan memperoleh 21,255 undi menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (20,731 undi) dan calon PAS Nordin Othman (2,962 undi).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: