Calon PH : “Syukur sangat harga sawit RM270 satu tan, makan sayur tanam sendiri”

Kukup, 4 Nov: Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini meminta pekebun kelapa sawit supaya bersyukur dengan harga sawit yang rendah (RM270 satu tan) kerana ia lebih tinggi dari zaman Barisan Nasional suatu ketika dulu.

Katanya lagi, ketika itu, tiada pekebun mengadu harga sawit yang rendah kerana  ketika itu mereka taksub dengan Barisan Nasional.

“Jadi diorang komplen sekarang ini harga kelapa sawit turun hingga harga RM270 satu tan. Tapi saya pernah check dengan abang saya, dia juga ada kebun kecil, dia kata masa zaman Barisan Nasional memerintah dulu pun pernah sawit ni turun bawah RM100, RM87 satu tan. Tapi tak ada orang komplen pun. Kerana apa? Kerana dia taksub sangat dengan Barisan Nasional kononnya hebat sangat. ” – Karmaine Sardini

RM270 setan banyak, nak makan sayur tanam sendiri. 

Karmaine turut menggesa pekebun supaya bersyukur sangat dengan harga kelapa sawit RM270 satu tan itu kerana menurutnya jumlah itu adalah banyak kerana tiada apa yang hendak dibayar sangat oleh pekebun.

Tambahnya lagi, pekebun hanya perlu menggunakan wang untuk membeli minyak sahaja, sambil menggesa pekebun menanam sendiri sayur untuk dimakan.

“Kita RM270 tu patut bersyukur sangat sebenarnya. Syukur sangat! RM270 tu banyak. Bukan sikit. Banyak sebenarnya. Kalau dia ada kebun 10 ekar dia ada dapat 5 tan paling tidak. 5 tan kali RM270 dapat seribu lebih untuk tampung apa nak sangat bayar? Nak makan sayur tanam sendiri. Cuma yang perlu isi minyak, itulah kena. Jadi hasilnya benda ni kena bersyukur walaupun benda tu sikit, kita masih boleh dapat makan lagi.” – Karmaine Sardini

Sementara itu, bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak mendakwa harga sawit RM87 satu tan itu adalah ketika zaman pemerintahan PM ke 4, dan tidak pernah harga sedemikian berlaku ketika tempoh beliau menjadi perdana menteri.

Yang dia tuduh harga sawit pernah RM87 satu tan masa BN itu dari zaman PM ke-4 lah. Masa saya PM, harga sawit mana pernah rendah sehingga RM87 satu tan?” – Najib Razak. 

PRK Parlimen Tanjung Piai bakal diadakan pada 16 Nov ini, berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 Sept lepas berikutan komplikasi jantung.

Pilihanraya kecil ini  menyaksikan pertandingan enam penjuru iaitu:

  1. Karmaine Sardini – Pakatan Harapan (PPBM)
  2. Wee Jek Seng – Barisan Nasional (MCA)
  3. Wendy Subramaniam – Gerakan.
  4. Ang Chuan Lock  – Bebas
  5. Faridah Aryani Ab Ghaffar. – Bebas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Dr Md Farid mewakili PH dari PPBM menang tipis Parlimen itu dengan memperoleh 21,255 undi menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (20,731 undi) dan calon PAS Nordin Othman (2,962 undi). – Buletin TTKM



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version