Tue. Nov 12th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Hanya 50 orang hadir ceramah Mat Sabu di Pekan Nenas.

1 min read

PEKAN NENAS 4 Nov: Walaupun acara ceramah Pakatan Harapan menampilkan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan timbalannya, Liew Chin Tong, cuma 50 orang hadir pada “forum kopitiam” di Restoran Jiayibei.

Bukan itu sahaja, acara tersebut turut dihadiri Adun Pekan Nenas, Yeo Tung Siong  dan juga calon Pakatan Harapan untuk PRK Tanjung Piai, Karmaine Sardini.

Menurut laporan The Star, Mat Sabu yang berbaju merah berlogo Kementerian Pertahanan, diiringi dengan pegawai keselamatan, gagal menarik orang ramai, walaupun kawasan tersebut dikenali sebagai kubu kuat DAP.

Perkara ini sangat berkontradiksi jika dibandingkan dengan jumlah orang ramai yang menyertai ceramah di lokasi sama sewaktu kempen PRU ke 14 lepas.

PRK Parlimen Tanjung Piai bakal diadakan pada 16 Nov ini, berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 Sept lepas berikutan komplikasi jantung.

Pilihanraya kecil ini  menyaksikan pertandingan enam penjuru iaitu:

  1. Karmaine Sardini – Pakatan Harapan (PPBM)
  2. Wee Jek Seng – Barisan Nasional (MCA)
  3. Wendy Subramaniam – Gerakan.
  4. Ang Chuan Lock  – Bebas
  5. Faridah Aryani Ab Ghaffar. – Bebas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Dr Md Farid mewakili PH dari PPBM menang tipis Parlimen itu dengan memperoleh 21,255 undi menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (20,731 undi) dan calon PAS Nordin Othman (2,962 undi). – Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: