Tue. Nov 12th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

‘Hati jangan lemah sangat, rapuh macam tisu..” : Peguam ‘sekolahkan’ selebriti.

3 min read

Oleh : Alan Razak

Buli siber.

Semenjak dua menjak ni orang dok cakap pasal cyber bully. Sampai depressi la menangis meratap ratap macam Wardina tu la bagai, tapi aku nak tawarkan satu perspektif lain. Terpulang lah nak dengar atau tak.

Macam ni sis, kalau kau dah bukan main yakin  nak cakap sesuatu atau rakam sesuatu dalam internet tu dan bila maklum balas orang jadi negatif sampai kau kena kecam kaw-kaw kan, sama ada kau gigih jari jemari untuk balas semula atau kau diam.

Setiap perbuatan kita baik atau buruk adalah pilihan kita. Jadi apa pun kesannya selepas perbuatan atau kata kata kita dalam media sosial itu sebenarnya pun terpulang pada kita macam mana nak tangani.

Kalau kau kena kecam nau nau korang ada pilihan untuk ambil langkah diam atau kalau korang sedar perkara tu berpunca dari khilaf sendiri minta maaf adalah perkara yang paling bermaruah.

Tak perlu sampai nak menangis macam mati laki siap buat siaran langsung bagai. Eh sempat plak sambil sedih sedih tu terpikir nak click kat ‘Live’ option.

Kau pilih sama ada kau benarkan kau jadi mangsa buli siber atau kau ‘be a wiser person’.

Macam trend artis atau selebriti sekarang pula aku tengok semua tu, dah nama pun selebriti. Kecaman akan sentiasa ada kiri kanan. Tapi dengan buat laporan polis sambil menggertak untuk menyaman netizen ni, bukan semudah itu.

Saman fitnah banyak unsur teknikal yang perlu dipuaskan. Dan paling penting sekali adalah reputasi ke atas orang yang difitnah tu bagi pembuktian ganti rugi. Kalau setakat seorang yang fitnah sekalipun Mahkamah mendapati wujudnya fitnah tapi dapatan Mahkamah akan berbeza dari segi ganti rugi yang Mahkamah bagi kalau kata-kata fitnah tu tak membawa kepada apa-apa kesan yang nyata sampai kau hilang kerja atau ‘right thinking society’ terutamanya individu individu dalam bidang kau akan terus menerus memburukkan kau.

Jadi apa sebenarnya kau dapat?

Aku nak tegaskan di sini yang aku sekali kali tak setuju dengan cyber bully. Dan aku tak menidakkan hak hak perlembagaan dan undang undang terpakai yang lain untuk pemulih  yang boleh diperoleh dari perbuatan cyber bully.

Apa yang aku cuba nak kita fikir adalah untuk Mahkamah membenarkan pemulihan bagi kata kata fitnah atau kacau ganggu, bukti perlu la praktikal, zahir dan nyata.

Bukan sekadar kita marah sebab kita dikecam, lepas tu kita buat laporan polis, dan gertak untuk orang tu minta maaf semata-mata.

Undang-undang fitnah sangat dalam dan lebih dari tu.

Bukan hanya kerana kita marah kita perlu terus dapatkan khidmat peguam untuk saman. Perkataan saman ni jangan kita gunakan sewenangnya.

Beban pembuktian bukan sekadar sama ada wujud atau tidak fitnah tu. Tapi sama ada kesan nya adalah nyata, dekat (immediate) atau secara langsung.

Jadi adakah kita hanya nak mengejar ’paper judgment’ semata mata lepas bertahun turun naik Mahkamah?

Apa yang aku nak cakap, hati jangan lemah sangat sampai rapuh macam tisu badan.

Maaf, kalau ramai rasa hantaran ni nampak macam aku membenarkan perbuatan cyber bully tapi aku bercakap atas dasar dan kapasiti aku sebagai peguam yang selalu menghadap isu ‘actual damages’ ni.

Tak mustahil Mahkamah akan membuat dapatan yang wujud kata kata fitnah itu tapi bagi prosiding penaksiran gantirugi Mahkamah akan benarkan ‘nominal damages’ contohnya RM1000. Aku cakap sebab benda ni selalu jadi.

Ketika tu mulalah salahkan peguam cakap peguam tak cekap la, peguam tak bersungguh la.

Maaf sekali lagi kalau aku pilih untuk bersikap practikal.


Azlan merupakan seorang peguam dan artikel ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. – Editor.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: