Tue. Nov 12th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Tak wajar netizen buli Wardina, dia orang awam.”

2 min read

Oleh: Muhammad Nabil Norhalim

Kehadapan Admin TTKM.

Sebagai orang media. Kita semua tahu setiap orang ada kecenderungan untuk meminati mana2 parti mana2 calon.

Journalist dan wartawan tahu beza diantara orang politik dan orang awam.

Bila Dr Madzlee pakai baju politik, menyertai parti politik dan menjadi calon. Dia sendiri telah menempah mahar yg tinggi di padang politik. Tidak kurang politikus yang lain, Nurul Izzah pernah dibaling batu, YB Khalid Samad di ludah, Dr Zul ditumbuk. Itu harga orang politik.

Sebab tu Dr Maza dicabar masuk gelanggang dari berselindung di sebalik baju agama.

Tapi bagi orang awam seperti Wardina. Dia tak isi borang. Tak bertanding jawatan parti. Tak pernah hadir konvensyen parti. Cuma menyokong calon atas hubungan sahabat.

Adalah tidak wajar menjadi mangsa pembulian siber oleh netizen sehingga merosakkan perniagaan. Sedangkan ramai lagi rakan artis yang lain pernah menyatakan sokongan kepada parti politik. Itu sangat biasa.

Sebagai page yang memiliki followers sehingga 400k lebih. Belajarlah etika sebagai orang media. Page2 lain seperti vocket, patriot, siakap keli. ML studio pun. Berhati2 dalam menjadi “tali hayat” pembulian siber ini.

Netizen adalah subjek sentimen yang mudah dipermainkan. Moral kompas nya mudah. Once pakai baju politik. Nak tembak. Tembak lah. Dengan hujah.

Kalau dia sekadar anak. Isteri, kawan sekolah. Kawan taman. Fikirkan lah.

Siber buli adalah real. Boleh cabut nyawa seseorang. (dengan bunuh diri). Pernah satu kes cici myvi. Netizen cari dia sampai alamat rumah dll.. menggangu kehidupan peribadi. Jadilah warga media yang beretika.

#cyberbully #bulisiber #hentikan.


Muhammad Nabil Norhalim merupakan Ketua Pemuda AMANAH Kawasan Kota Raja tetapi menegaskan artikel ini adalah pandangan peribadinya .
Ia juga
 tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. Kami hanya melaporkan apa yang berlaku. ( https://ttkm.com.my/2019/11/03/ditroll-netizen-wardina-menangis/ )  Komen netizens adalah di luar kawalan kami. РEditor.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: