Tue. Nov 12th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Lapor TTKM kepada MCMC kerana cyber bully Wardina!” – FB Friends of Maszlee Malik

3 min read

 

Media sosial, 4 November:  Laman facebook Friends of Maszlee Malik hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung satu laporan di portal Buletin TTKM yang didakwanya bersifat cyber bully.

Menurut satu tangkap layar laporan SKMM yang disertakan, laman facebook tersebut mendakwa laporan Buletin TTKM itu telah menyebabkan Wardina mengalami kemurungan dan dikejarkan ke hospital dan diberikan diagnosis ‘membunuh diri’.

“Pada pukul 1800 hrs, saya telah membaca ‘laporan’ di laman web Tentera Troll Kebangsaan Malaysia yang menghuraikan bagaimana Puan Wardina Safiyyah telah dibuli secara online oleh gerombolan netizen sehinggakan beliau mengalami kemurungan dan dikejarkan ke hospital dan diberi diagnosis ‘suicidal’. Saya membuat laporan ini untuk tujuan rekod bagi tindakan lanjut Pejabat YBM KKMM” – Laman FB Friends Of Maszlee Malik.

koyak1.jpg
Tangkap layar kredit laman FB Friends Of Maszlee Malik.

(Nota editor : Setakat ini, tiada sumber berita mengatakan Wardina dikejarkan ke hospital dan diberi diagnosis ‘suicidal’)

Sementara itu, editor Buletin TTKM berkata laporan yang dipetik oleh laman FB Friends Of Maszlee Malik yang dikatakan cyber bully itu cuma melaporkan apa yang berlaku.

“Laporan kami hanya melaporkan apa yang berlaku. Pembaca boleh menilai sendiri laporan kami yang tepat dan tiada selindung. Kami tidak boleh mengawal netizen yang memberikan komen di laman facebook milik pihak lain. Ini negara demokrasi. Mereka bebas berbicara, selagi ia di dalam ruang lingkup undang-undang”. – Editor Buletin TTKM.

Boleh baca laporan tersebut di sini : Ditroll netizen, Wardina menangis.

Untuk rekod, ketika kempen PRU 14 lepas,  Wardina berkempen untuk Pakatan Harapan dan Dr Maszlee ( Pakatan Harapan-PPBM) bagi kerusi parlimen Simpang Renggam.

“Dr Maszlee ni suka sangat tolong orang susah, miskin, kanak-kanak OKU, peramah sangat, kalau jumpa Dr Maszlee dengan keluarga insyaallah sejuk hati makcik.Bukan apa makcik, saya nak cakap macam ni makcik. Dr Maszlee ni memang orang yang baik makcik, jadi kita… orang yang memang baik makcik, orang Simpang Renggam bertuah dapat Dr Maszlee Malik ni. Makcik, undilah Dr Maszlee Malik ni, dia orang yang jujur, orang yang ikhlas, makcik. Makcik dan pakcik, bukan apa, kita nak hantar orang baik-baik ni pergi parlimen insya allah makcik. Makcik, pakcik, undi Dr Maszlee Malik yeh? Dia orang baik makcik. Orang yang baik ni jangan kita lepaskan. “ – Wardina.

Antara kempen yang dimainkan oleh Pakatan Harapan untuk Maszlee Malik adalah memansuhkan tol di Simpang Renggam sekiranya PH menang PRU 14.

Walaubagaimanapun, setelah lebih setahun memenangi pilihanraya, plaza tol di Simpang Renggam masih tersergam indah dan pembayaran tol tetap berjalan seperti biasa.  -Buletin TTKM-

Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU 14 setelah kebanyakan berita arus perdana dan juga alternatif mula menjadi pembodek kerajaan.

Berikut merupakan kenyataan penuh laman FB Friends of Maszlee Malik:

Apa yang berlaku kepada Wardina ialah sangat kurang ajar.

Kalau kita tak suka dengan pandangan politik dia, dia sokong siapapun masa PRU hari tu, kita tak ada hak nak jatuhkan maruah dia, malukan dia dan troll dia macam dia tu tak ada hati dan perasaan.

Sebab itu bukan lagi kerana perbezaan pandangan politik lagi dah, itu ialah sikap manusia yang tak ada hati perut, tak hormat perempuan, tak hormat perasaan dan peribadi orang lain.

Min percaya rakyat Malaysia tak sampai teruk gini. Walaupun Tentera Troll Kebangsaan ni diselia oleh rakyat Malaysia, min percaya yang majoriti rakyat semuanya ada common sense dan ada perasaan hormat.

Itu basic.

Jadi apa yang telah dilakukan oleh TTKM ni perlu dihentikan, sebab page tidak bermaruah begini yang ditunggang dan didanai oleh UMNO-BN telah dengan kurang ajarnya memalukan Wardina sampai Wardina tu tak ada personal life dah.

Ramai-ramai kita report page ini. Biar ramai jadi boleh MCMC buat tindakan.

Buat laporan di sini: https://www.mcmc.gov.my/make-a-complaint/complaint-circle

Tolong. Kita hentikan gejala biadab ini.

Biar mereka tahu, sikap kurang ajar tak diterima di Malaysia. Biar siapapun di belakangnya.

P/S: sat lagi penuh komen mengecam Wardina oleh cytro BN akan datang. Min takkan padam. Min nak semua orang tengok bukti live betapa tak rasa bersalahnya dan biadabnya mereka ini. Saksikan! – FB Friends Of Maszlee Malik.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: