Tue. Nov 12th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Wardina murung, dikejarkan ke hospital, diagnosis ‘suicid@l “- FB Friends of Maszlee Malik.

3 min read

Media sosial, 5 Nov : Laman facebook Friends of Maszlee Malik mendakwa bekas pelakon sitcom Spanar Jaya, Wardina Safiyyah mengalami kemurungan lalu dikejarkan ke hospital dan diberi diagnosis ‘suicidal’ (bunuh diri), akibat daripada laporan berita oleh Buletin TTKM yang menurutnya bersifat cyber bully.

Laman facebook tersebut berkata demikian dalam satu aduan yang dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Pada pukul 1800 hrs, saya telah membaca ‘laporan’ di laman web Tentera Troll Kebangsaan Malaysia yang menghuraikan bagaimana Puan Wardina Safiyyah telah dibuli secara online oleh gerombolan netizen sehinggakan beliau mengalami kemurungan dan dikejarkan ke hospital dan diberi diagnosis ‘suicidal’. Saya membuat laporan ini untuk tujuan rekod bagi tindakan lanjut Pejabat YBM KKMM”– Laman FB Friends Of Maszlee Malik.

koyak1.jpg

Walau bagaimanapun, setakat ini Buletin TTKM mendapati tiada sebarang berita dari mana-mana sumber yang melaporkan Wardina Safiyyah ada dikejarkan ke hospital lalu didiagnosis ‘suicidal’ kerana kemurungan akibat dari laporan portal kami seperti yang didakwa.

Sementara itu, seorang doktor yang enggan dinamakan apabila dihubungi Buletin TTKM berkata dalam terma perubatan, tiada sebarang diagnosis ‘suicidal’ seperti yang didakwa laman facebook Friends of Maszlee Malik itu , kerana jika dilihat dalam konteks, perkara tersebut adalah cubaan membunuh diri.

Diagnosis adalah seperti depressi, mania atau schizophrenia. Suicidal bukan diagnosis” – Doktor perubatan. 

Pada hujung minggu lepas, netizen men’troll Wardina di bahagian komen pada satu hantaran laman facebook perniagaan menjual tudung dimana video yang menampilkan Wardina dinaikkan.

Laman perniagaan tersebut kemudian telah ditutup gara-gara terlalu ramai ‘tentera bawang’ dari Malaysia berkampung dan membawang di ruang komen hantaran video itu.

Lantaran itu, Wardina tampil secara langsung di akaun instagramnya menyatakan kekesalan terhadap  rakyat Malaysia yang memberikan komen negatif di laman facebook itu .

Beliau mendakwa komen-komen yang diberikan mengganggu (harassing)  laman facebook perniagaan tersebut. Di akhir video, beliau menitiskan air mata lalu mengesatnya menggunakan tudung beliau.

“Saya berasa sangat sedih. Saya tidak tahu. Ini tidak betul. Kesian dekat dia, ini sudah tentu bukan laman (FB saya). dia terpaksa tutup laman dia. Saya tidak mahu menangis. “ – Wardina

Walau bagaimanapun, melalui beberapa komen yang ditunjukkan beliau, Buletin TTKM mendapati kebanyakan komen yang diberikan netizen adalah lebih kepada berbentuk sinis dan troll terhadap Wardina sendiri, antaranya:

“Makcik Pakcik, Dia ni baik orangnya.. Baik sangat… Tol free” 

“Maszlee baik orangnya… terus pakcik makcik percaya ***** Wardina. moga bahagia di akhirat nanti.”

“This will contribute to toll demolish or not? If purchase from Malaysia, GST included?”

“Shawl gambar tol Simpang Renggam warna merah PPBM ada tak? Kalau ada nak beli satu kasi Maszlee pakai…” 

“I believe Maszlee Malik is a good man, i know him aunties!” yeah right, says a woman living in Australia. Thousand have lost their jobs and the figures keep counting”

“Amboi kak! Lawa tudung tu.. Sesuai sangat-sangat kalau dipadankan dengan kasut hitam.. Meletop!” 


komen1.jpg
Tangkap layar komen di FB perniagaan tudung yang ditunjukkan pada video IG Story Wardina. 

Tidak lama selepas Buletin TTKM melaporkan kejadian  itu, akaun IG Wardina pula tidak dapat diakses dipercayai dinyahaktif.

Untuk rekod, ketika kempen PRU 14 lepas,  Wardina berkempen untuk Pakatan Harapan dan Dr Maszlee ( Pakatan Harapan-PPBM) bagi kerusi parlimen Simpang Renggam.

“Dr Maszlee ni suka sangat tolong orang susah, miskin, kanak-kanak OKU, peramah sangat, kalau jumpa Dr Maszlee dengan keluarga insyaallah sejuk hati makcik.Bukan apa makcik, saya nak cakap macam ni makcik. Dr Maszlee ni memang orang yang baik makcik, jadi kita… orang yang memang baik makcik, orang Simpang Renggam bertuah dapat Dr Maszlee Malik ni. Makcik, undilah Dr Maszlee Malik ni, dia orang yang jujur, orang yang ikhlas, makcik. Makcik dan pakcik, bukan apa, kita nak hantar orang baik-baik ni pergi parlimen insya allah makcik. Makcik, pakcik, undi Dr Maszlee Malik yeh? Dia orang baik makcik. Orang yang baik ni jangan kita lepaskan. “ – Wardina.

Antara kempen yang dimainkan oleh Pakatan Harapan untuk Maszlee Malik adalah memansuhkan tol di Simpang Renggam sekiranya PH menang PRU 14.

Walaubagaimanapun, setelah lebih setahun memenangi pilihanraya, plaza tol di Simpang Renggam masih tersergam indah dan pembayaran tol tetap berjalan seperti biasa.  -Buletin TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: