Tue. Nov 12th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“PH ibarat bayi kecil, kena beri masa untuk belajar”- Adun DAP

2 min read

Penerok, 7 Nov : Adun DAP Jementah, YB Tan Chen Choo berkata kerajaan Pakatan Harapan adalah ibarat seorang bayi yang baru lahir yang perlu diberi masa untuk belajar.

“Pakatan Harapan macam satu bayi lah, yang baru lahir.

Jadi kena beri masa untuk bayi ini belajar, macam mana nak berjalan dengan baik, macam mana nak makan dengan baik.

Macam mana nak apa ni, berurus kerja pentadbiran dengan lebih baik. maka kita perlukan masa.” –  YB Tan Chen Choo 

Beliau berkata demikian dalam satu kempen Pakatan Harapan sempena PRK Tanjung Piai di Restoran Jong Guan, Jalan Penerok di hadapan lebih kurang 80 orang ramai petugas media dan parti.

Tonton minit ke 2:00 ke atas.

Turut hadir dan memberikan ceramah adalah penasihat DAP, YB Lim Kit Siang dan calon PH untuk PRK Tanjung Piai,  Tn Hj Karmaine Sardini.

Gambar oleh The Star.

Pada perkembangan yang sama,  Lim Kit Siang dilaporkan The Star sebagai berkata Pakatan Harapan berdepan dengan peperangan sukar  untuk mempertahankan kerusi Tanjung Piai melihat kepada jumlah orang ramai yang mengikuti ceramah PH adalah jauh lebih kecil berbanding ceramah BN.

Sebelum ini, ceramah yang dihadiri menteri pertahanan, Mat Sabu cuma mendapat sambutan lebih kurang 50 orang ramai.

Baca: Hanya 50 orang hadir ceramah Mat Sabu di Pekan Nenas.

PRK Parlimen Tanjung Piai bakal diadakan pada 16 Nov ini, berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 Sept lepas berikutan komplikasi jantung.

Pilihanraya kecil ini  menyaksikan pertandingan enam penjuru iaitu:

  1. Karmaine Sardini – Pakatan Harapan (PPBM)
  2. Wee Jek Seng – Barisan Nasional (MCA)
  3. Wendy Subramaniam – Gerakan.
  4. Ang Chuan Lock  – Bebas
  5. Faridah Aryani Ab Ghaffar. – Bebas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, Dr Md Farid mewakili PH dari PPBM menang tipis Parlimen itu dengan memperoleh 21,255 undi menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (20,731 undi) dan calon PAS Nordin Othman (2,962 undi). – Buletin TTKM

 

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: