Melaka, 8 Nov: 5 ekor babi hutan berjaya ditemb@k m@ti di Pulau Besar semalam, di bawah satu program bertajuk “Membasmi Babi Hutan”.
Program bersama Jabatan Perhilitan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan dan pihak media itu dijalankan kelmarin dan berakhir hari ini.
Perkara itu dinyatakan oleh Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka Datuk Norhizam Hassan Baktee semalam di akaun facebooknya.
Beliau yang juga adun DAP Pengkalan Batu merangkap Timbalan Presiden DAP Negeri Melaka dilihat itu memakai baju bertulis “Awak YB ke saya YB?” sambil tersenyum memandang 5 ekor babi yang sudah m@ti ditemb@k .
Dari beberapa gambar yang dinaikkan oleh beliau, dapat diperhatikan babi yang m@ti ditembak itu adalah seekor babi dewasa kemungkinan ibu manakala 4 ekor yang lain adalah babi yang masih lagi kecil kemungkinan anak-anak ibu babi tersebut.
“Anggota operasi berjaya menemb@k 5 ekor babi hutan dan ujian DNA juga telah dijalankan untuk mengenal pasti jenis spesis babi berkenaan.
Terima kasih kepada semua anggota dan pihak yabg terlibat.” – Datuk Norhizam Hassan Baktee
Sebelum ini Datuk Norhizam berkata populasi babi yang semakin meningkat di Pulau Melaka adalah kerana ia dicer0bohi oleh babi-babi dari Indonesia.
“Pencerobohan babi hutan dari Indonesia ini amat mengecewakan kami memandangkan populasi haiwan liar di negeri ini makin bertambah.
“Melaka kini dipenuhi dengan babi hutan dari Indonesia”
“Pulau Besar dilihat menjadi destinasi pilihan utama babi-babi hutan ini sebelum meneruskan perjalanan ke Ujong Pasir dan kawasan pantai lain,” – – Datuk Norhizam Hassan Baktee
Beliau turut ditroll dimedia sosial apabila menggunakan kata ganti diri ‘beliau’ untuk merujuk kepada babi yang berenang dari Indonesia. -Buletin TTKM-