Syed Saddiq tersasul sebut calon PH sebagai ‘arwah’

Pekan Nanas, 9 Nov : Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Syed Saddiq semalam tersasul apabil  menyebut calon Pakatan Harapan bagi pilihanraya kecil Tanjung Piai, Karmaine Sardini sebagai ‘arwah’.

“Di sini saya nak ceritakan pengalaman saya dengan Tuan Haji Karmaine, calon Pakatan Harapan.

Bila saya dengar sahaja dia akan dicalonkan, saya amat gembira sekali sebab saya kenal dia bukan sahaja sebagai salah seorang pemimpin Bersatu yang paling awal sekali menyertai Bersatu untuk menentang ketidak adilan, tetapi keluarga saya amat rapat dengan dia. Ayah saya ada di sini.

Arwah Haji Karmaine, dia merupakan imam masjid saya dahulu. Dia imam di sana, boleh tanya keluarga saya, orang Taman Perling memang mengenali beliau. “ – Syed Saddiq

Beliau berkata demikian pada satu Program Ceramah Harapan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Kampung Sawah, Pekan Nenas, Johor malam tadi.

Turut hadir adalah  timbalan presiden PPBM, Dato Seri Mukhriz, Naib presiden amana, Mahfuz Omar dan pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh.

Ceramah dihadiri lebih kurang 200 orang ramai termasuk puluhan petugas parti dan media.

PRK Parlimen Tanjung Piai bakal diadakan pada 16 Nov ini, berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 Sept lepas berikutan komplikasi jantung.

Pilihanraya kecil ini  menyaksikan pertandingan enam penjuru iaitu:

  1. Karmaine Sardini – Pakatan Harapan (PPBM)
  2. Wee Jek Seng – Barisan Nasional (MCA)
  3. Wendy Subramaniam – Gerakan.
  4. Ang Chuan Lock  – Bebas
  5. Faridah Aryani Ab Ghaffar. – Bebas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, Dr Md Farid mewakili PH dari PPBM menang tipis Parlimen itu dengan memperoleh 21,255 undi menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (20,731 undi) dan calon PAS Nordin Othman (2,962 undi). – Buletin TTKM

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.