“Tanam nanas!” Kata Teresa Kok kepada pekebun kecil sawit di Tg Piai.

PONTIAN, 12 Nov:  Menteri   Industri Utama, Teresa Kok memberitahu sekumpulan pekebun kecil kelapa sawit supaya menanam tanaman buah-buahan seperti nanas untuk menambahkan pendapatan mereka.

Tambahnya lagi, pekebun kecil tidak seharusnya bergantung semata-mata kepada minyak kelapa sawit, lapor The Star.

“Mereka yang mempunyai kebun kelapa sawit di tanah gambut perlu menanam nanas,”  – Teresa Kok.

Beliau memtik satu kes pertanian bersepadu di mana seorang pekebun kelapa sawit turut mempunyai dusun buah-buahan dan kolam ikan di kebun kecilnya, dan pekebun tersebut semakin maju.

Terdahulu, Teresa memberitahu mereka bahawa harga minyak kelapa sawit telah mencecah RM435 satu tan pada September dan kini ia semakin meningkat.

Ketika itu, seorang pekebun telah bangun dan mempersoalkan dakwaan Kok dan berkata harga yang diperolehi mereka jauh lebih rendah.

Walaubagaimanapun, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Penyelidikan Integrasi MPOB (Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia), Dr Ramle Moslim terpaksa mencelah untuk mengelakkan kekeliruan.

Katanya, harga RM435 satu tan yang dipetik oleh Kok itu merupakan harga garis panduan sahaja dan ia tertakluk kepada faktor-faktor laindari harga yang dikenakan oleh orang tengah yang mengumpulkan buah sawit pekebun kecil kepada kualiti buah.

Pada soalan lain, Dr Ramle berkata pihak berkuasa tidak dapat menetapkan harga bagi pekebun kecil berdasarkan harga garis pandian.

Harga minyak kelapa sawit adalah topik yang hangat di pilihanraya kecil Tanjng Piai kerana banyak dari penduduk kawasan parlimen itu adalah pekebun kecil kelapa sawit.

HArga buah kelapa sawit telah menjunam serendah RM240 satu tan.

Pada minggu lepas, calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini berkata pekebun kecil seharusnya bersyukur dengan harga RM270 itu kerana menurutnya jumlah tersebut adalah banyak, malah jauh lebih tinggi dari zaman BN pada satu ketika mencecah di bawah RM100 satu tan.

Kita RM270 tu patut bersyukur sangat sebenarnya. Syukur sangat! RM270 tu banyak. Bukan sikit. Banyak sebenarnya. Kalau dia ada kebun 10 ekar dia ada dapat 5 tan paling tidak. 5 tan kali RM270 dapat seribu lebih duduk kampung apa nak sangat bayar? Nak makan sayur tanam sendiri. Cuma yang perlu isi minyak, itulah kena. –Karmaine Sardini 

(Bekas perdana menteri, Najib Razak mendakwa harga di bawah RM100 satu tan itu adalah sewaktu PM ke 4, yang bermakna di sekitar pertengahan 80an- Editor)

Seorang pekebun kecil memberitahu The Star selepas dialog itu bahawa beliau tidak bersetuju dengan Teresa Kok yang menurutnya tidak menyedari apa yang berlaku di bawah atau cuba meletakkan kesalahan pada orang tengah untuk harga sawit yang rendah.

“Orang tengah yang mengambil buah sawit juga mahu menyara hidup dan mereka perlu membayar kos untuk melangsungkan perniagaannya seperti petrol dan gaji pekerja”. katanya.

Lebih 600 000 pekebun kecil terkesan dengan harga minyak sawit yang rendah sejak setahun lepas.

Sebelum ini pada bulan Mac, Teresa berkata perluasan penanaman sawit perlu dihentikan dan digantikan dengan tanaman lain seperti buluh.

“Kini adalah masa yang sesuai bagi kita untuk hentikan perluasan  penanaman kelapa sawit. Lihat pada tanaman lain. Sebagai contoh, seperti, anda tahu, di Pahang. Beberapa kawasan ha, buluh. Buluh tumbuh dengan sangat cantik, banyak pokok buluh. Buluh boleh ditukarkan kepada pelbagai err. errrr… bahan arrr! dan errr.. ada err…. orang jepun adalah pasaran yang hebat untuk produk buluh” – Teresa Kok.

– Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.