April 18, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

AMK PKR tidak puas hati Saifuddin batal jemputan Azmin

KENYATAAN MEDIA BERSAMA
KEPIMPINAN AMK MALAYSIA
13 November 2019

Kami, Ahli – Ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia yang dipilih oleh anggota AMK dalam Pemilihan 2018 ingin menegaskan bahawa Kongres Nasional adalah medan untuk menggilap semula muafakat dan kesatuan anggota dalam perjuangan KEADILAN. 

Kenyataan Datuk Seri Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN semalam berhubung isu pembatalan jemputan kepada YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN sebagai perasmi Kongres Nasional AMK hanya mencerminkan betapa KEADILAN sedang dilanda krisis kepimpinan sehingga menyebabkan parti berada dalam keadaan yang berantakan.

Kami berpendirian bahawa sikap dan tindakan membatalkan jemputan tersebut merupakan suatu langkah yang sama sekali bertentangan dengan semangat kongres serta konvensyen dan tradisi organisasi.

Justeru itu, tindakan pembatalan dan kenyataan Setiausaha Agung tersebut juga akan memberi mesej dan teladan yang salah kepada anggota khususnya generasi baru dalam KEADILAN. Melainkan, jika Setiausaha Agung mahu perpecahan dan keberantakan dalam parti ini terus berlaku.

Maka, kami menyeru supaya kepimpinan parti mengambil langkah yang tegas untuk mengembalikan KEADILAN di atas landasannya, menggembeleng muafakat dan kesatuan anggota serta mempertahankan konvensyen dan tradisi organisasi.

*YB Muhammad Hilman Idham*
Timbalan Ketua
AMK Malaysia

*Mohd Nazree Yunus*
Naib Ketua
AMK Malaysia

*Jestin Raj A/L Savarimuthu*
Naib Ketua
AMK Malaysia

*Ahmad Khairul Bin Mohamed Noor*
Ahli Majlis Pimpinan
AMK Malaysia (Melaka)

*Athina Klaywa Sim*
Ahli Majlis Pimpinan
AMK Malaysia (Sarawak)

*Dr. Ahmad Khusyairi Bin Khalid*
Ahli Majlis Pimpinan
AMK Malaysia (Terengganu)

*Kamis Bin Burhan*
Ahli Majlis Pimpinan
AMK Malaysia (Sabah)

*Mohd Akmal Hisyam Bin Ahmad Tamyiz*
Ahli Majlis Pimpinan
AMK Malaysia (Wilayah Persekutuan)

*Mohd Faizal Bin Mohd Yusak*
Ahli Majlis Pimpinan
AMK Malaysia (Johor)

*Mohd Firdaus Bin Yusof*
Ahli Majlis Pimpinan
AMK Malaysia (Kedah)

*Mohd Izad Buqhari Bin Mohd Kamri*
Ahli Majlis Pimpinan
AMK Malaysia (Pulau Pinang)

*Mohd Saifullah Bin Mohd Zulkifli*
Ahli Majlis Pimpinan
AMK Malaysia (Selangor)

*Muhammad Affandi Bin Abdul Malik*
Ahli Majlis Pimpinan
AMK Malaysia (Negeri Sembilan)

*Muhamad Aiman Aizuddin Bin Md Husin*
Ahli Majlis Pimpinan
AMK Malaysia (Perak)

*Muhamad Saiful Bahari Bin Sahari*
Ahli Majlis Pimpinan
AMK Malaysia (Johor)

*Muhammad Arif Bin Mukhtar*
Ahli Majlis Pimpinan
AMK Malaysia (Kelantan)

*Nagarajan A/L Kaniappan*
Ahli Majlis Pimpinan
AMK Malaysia (Selangor)

*Nik Mohd Faris Syazwan Bin Zainuzzaman*
Ahli Majlis Pimpinan
AMK Malaysia (Kelantan)

*Ong Jing Cheng*
Ahli Majlis Pimpinan
AMK Malaysia (Pulau Pinang)

*Sarawanan A/L Selvarajoo*
Ahli Majlis Pimpinan
AMK Malaysia (Selangor)

*Wan Mohamad Fitri Bin Wan Abdul Rahim*
Ahli Majlis Pimpinan
AMK Malaysia (Pahang)

 

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: