62 tahun merdeka, kenapa masih berkempen dengan tiga bahasa?

Surat Pembaca oleh : THE CINA MAN

Kita telah pun menyambut hari kemerdekaan yang ke 62  tetapi kita masih gagal untuk berkempen menggunakan satu bahasa ketika  pilihan raya.

Setiap kali saya menonton video kempen atau menghadiri ceramah politik parti tertentu, mereka pasti akan berceramah dalam bahasa ibunda mereka. Kalau hadirin yang hadir lebih daripada satu kaum, mereka akan mulakan ceramah dengan Bahasa Melayu dan selepas itu menggunakan bahasa ibunda mereka masing-masing. 

Apakah sebabnya?

Ramai yang berkata, kalau dalam ceramah menggunakan dua bahasa menunjukkan bahawa mereka sebenarnya mempertahankan kepelbagaian budaya. 

Kenapa perlu tunjuk-menunjuk perkara itu apabila sudah adanya sekolah vernakular? Selain itu, dalam perlembagaan pun ada jaminan penggunaan bahasa ibunda. 

Kalau kepelbagaian budaya boleh dipertahankan, kenapa penggunaan bahasa kebangsaan tidak boleh? Bukan semua orang boleh faham bahasa ibunda masing-masing, tetapi bahasa kebangsaan, semuanya mungkin boleh faham. 

Jika seseorang itu tidak boleh bertutur dan faham bahasa kebangsaan, tidak malukah memegang kad pengenalan warganegara Malaysia?

Jika sudah 62 tahun merdeka, masih tidak faham bahasa kebangsaan, apa yang terjadi dengan sekolah vernakular yang mereka katakan tidak akan menjejaskan penggunaan bahasa kebangsaan?

Masalah ini wujud pada zaman BN dan ia akan terus menjadi masalah di zaman PH.

Apa sudah jadi sebenarnya dengan Malaysia?


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM – Editor.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.