May 17, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

PH tak talam dua muka, tunai janji – Lim Guan Eng

Pontian 14 Nov : Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata Pakatan Harapan tidak main talam dua muka berbanding parti pembangkang  yang melakukan perkara tersebut apabila berhadapan pengundi cina dan melayu.

“Sebagai rakan PH, sekiranya calon kita, Karmaine Sardini jadi ahli parlimen… bila saya sebut (Pengerusi DAP Johor) Liew Chin Tong tolong, ini sudah jadi ejen DAP… itu sikap parti pembangkang, parti rasis.

“Dalam kalangan MCA pula cakap lain… itu Chin Tong sudah turun pangkat, jadi ejen Karmaine. Mereka main talam dua muka.” – Lim Guan Eng

Katanya lagi, Pakatan Harapan tetap berpegang kepada prinsip dan kata-kata yang diucapkan merupakan janji yang akan ditunaikan.

“Kita tidak akan main talam dua muka. Kita tetap berpegang kepada prinsip. Apa yang kita cakap, adalah janji yang akan kita tunaikan. ” – Lim Guan Eng

Antara janji Pakatan Harapan yang paling popular pada PRU 14 lepas adalah menghapuskan tol lebuhraya  dan menangguhkan pembayaran pinjaman PTPTN. Setakat ini, janji tersebut masih belum ditunaikan.

Selain itu, Lim Guan Eng juga sebelum ini pernah berjanji akan menghapuskan tol lebuh raya utara selatan dan jambatan pertama pulau pinang sekiranya dapat menguasai Putrajaya. Setelah lebih 18 bulan berkuasa, tol di sepanjang lebuhraya Plus dan tol jambatan pertama pulau pinang masih mengutip tol dan tersergam indah.

Mengenai talam dua muka, Buletin TTKM turut mendapati sebelum ini Lim Guan Eng merupakan pengkritik kuat Tun Dr Mahathir, tetapi kini beliau merupakan menteri di bawah kerajaan yang diketuai oleh Tun.

“Mahathir pun tau, itu bukan untuk dia, dia sudah tua berapa lama lagi. Itu untuk anak-anak dia..dia tahu kalau dia kalah.. bukan dia susah, anak dia susah wor…. tapi tahun ini ada satu orang muda lagi kaya dari Vincent
Tan, siapa orang muda itu, Mokhzani Mahathir arr.. no 13. Harta RM2.7 billion lagi kaya dari Tan Sri Vincent Tan, saya ucapkan tahniah kepada Mahathir, ada anak lagi kaya dari Vincent Tan”  – Lim Guan Eng.

. – Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: