June 20, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Kes Bafia NFC: Mahkamah bebaskan Rafizi

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan rayuan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli untuk mengetepikan sabitan bersalah ke atasnya kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia).

Turut dilepas dan dibebaskan adalah bekas kerani Public Bank Johari Mohamad, lapor TMI.

Hakim Mohd Yazid Mustafa juga membatalkan hukuman penjara 30 bulan yang dijatuhkan ke atas mereka sebelum ini.

Pada 7 Februari 2018, Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Rafizi bersalah kerana mendedahkan penyata baki empat akaun bank berkaitan NFC National Meat & Livestock Sdn Bhd, Pengerusinya Dr Mohamad Salleh Ismail dan Agroscience Industries Sdn Bhd kepada perunding media Yusof Abdul Alim dan wartawan The Star Erle Martin Carvalho.

Kesalahan itu dibuat di Ibu Pejabat PKR, Mechant Square, Petaling Jaya pada 7 Mac 2012.

Johari didakwa di bawah Seksyen 112 (1) (c) Bafia kerana bersubahat dengan Rafizi untuk melakukan kesalaan itu pada tarikh dan tempat yang sama.

Dalam penghakiman dikeluarkan pagi tadi, Hakim Yazid berkata permohonan Rafizi dibenarkan kerana pihak pendakwaan gagal mengeluarkan dokumen asal sebagai bukti perbicaraan, yang diperlukan menurut Seksyen 61 Akta Keterangan.

– Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: