Najib dakwa DAP naikkan gegantung samakan Muafakat Nasional dengan Taliban

Tanjung Piai, 15 Nov: Bekas presiden UMNO, Dato Seri Najib Razak mendakwa DAP menaikkan gegantung di Tanjung Piai yang menyamakan Muafakat Nasional dengan taliban.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di laman facebooknya malam tadi.

“Betapa kotor dan jijiknya kempen DAP di PRK Tanjung Piai ini.
Nak samakan Muafakat Nasional dengan Taliban.
Gegantung ini jelas melanggar undang-undang tapi pihak berkuasa tempatan buat-buat tak nampak.” – Najib Razak

Pada hantaran yang sama, Najib mengajak pengundi Tanjung Piai untuk menghantar mesej kepada Pakatan Harapa bahawa mereka menolak permainan rasis dan provokasi agama tersebut dengan mengundi calon BN.

“Sila hantar mesej kepada PH bahawa Rakyat tolak permainan rasis dan provokasi agama mereka. Undi BN, tolak DAP dan tolak PH.” – Najib Razak.

Buletin TTKM mendapati tulisan cina pada gegantung itu bermaksud mengundi MCA/BN adalah menyamai mengundi untuk PAS (ekstrimis agama) dan UMNO (ekstrimis kaum)

Undi MCA/BN

=

Undi PAS (extremis agama)

+

UMNO (extremis kaum) 

(Terjemahan tulisan cina pada gengantung)

Terdapat wajah arwah Osama Bin Laden (pemimpin yang dikaitkan dengan taliban) pada bahagian kiri gegantung diikuti dengan wajah Tuan Guru Hadi Awang, Wee Ka Siong, Ahmad Zahid dan Najib Razak  di sebelah kanan.

Setakat berita ini ditulis, tiada sebarang maklum balas dari DAP mengenai dakwaan Najib tersebut.

Sebelum ini, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Pakatan Harapan dan Barisan nasional supaya tidak memainkan sentimen perkauman dan agama pada pilihanraya kecil Tanjung Piai yang akan berlangsung esok. -Buletin TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version