Sehari sebelum PRK : SMS ‘spam’ minta undi calon PH dihantar kepada pengundi

Tanjung Piai, 15 Nov: Kurang 24 jam sebelum pilihanraya kecil Tanjung Piai berlangsung, pengundi mendakwa menerima spam SMS meminta mengundi calon Pakatan Harapan yang didakwa dari calon Pakatan Harapan, Haji Karmaine Sardini.

Seorang facebooker yang hanya mahu dikenali sebagai “Darren Malaysia” memberitahu Buletin TTKM bahawa beliau menerima SMS tersebut pada jam 3.39 petang tadi dari penghantar dari nombor 62033.

Berikut merupakan kandungan SMS yang diterima.

“HARAPAN: Salam Sejahtera. Saya Hj. Karmaine Saridini calon nombor 4 parti HARAPAN mohon untuk mengundi saya. PASTIKAN MEMANGKAH saya di KERTAS UNDI BARIS ke 4. PERDANA MENTERI TUN MAHATHIR, PENGERUSI PAKATAN HARAPAN kirim salam dan beliau MOHON KERJASAMA.
KLIK https://www.facebook.com/HjKarmaineSardini/ “

Terdahulu, iklan supaya pengundi Tanjung Piai mengundi calon Pakatan Harapan dipaparkan di muka hadapan surat khabar Sinar Harian untuk edisi Jumaat 15 November 2019.

Ini merupakan pertama kali dalam sejarah  parti yang memerintah melakukan iklan di muka hadapan akhbar arus perdana untuk kempen pilihanraya kecil.

Kami sedang menunggu maklum balas dari calon Pakatan Harapan, Haji Karmaine Sardini mengenai SMS tersebut.

Kemaskini 11:28pm: Laman facebook Karmaine Sardini telah mengesahkan SMS tersebut dihantar oleh pihak beliau.

sah.jpg

Esok merupakan hari pembuangan undi bagi kerusi parlimen Tanjung Piai- Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.