BN tapau Tanjung Piai, majoriti lebih 14k

Tanjung Piai, 16 Nov : Barisan Nasional merampas kembali kerusi parlimen Tanjung Piai dari Pakatan Harapan apabila keputusan tidak rasmi menunjukkan parti tersebut mendahului dengan  14123 undi.

Menerusi 120 daripada 128 peti undi yang selesai dikira, Jeck Seng dari Barisan Nasional memperoleh 23621 undi, manakala  Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini, memperoleh 9498 undi. Gerakan di tempat ketiga dengan 1586 undi dan Berjasa dengan 790 undi.

EJfk7ObUUAA-Zot.jpg

Walaupun kemenangan BN sudah dijangka, tetapi kemenangan besar dengan majoriti lebih 14k adalah sesuatu di luar jangkaan.

Analisis awal juga mendapati pengundi Cina telah kembali semula memberikan sokongan kepada Barisan Nasional.

Pada PRU14 yang lepas, Pakatan Harapan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 524 undi.

Berita lanjut menyusul. – Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.