Gesaan SPR tidak diendah: Teresa Kok dan Khalid Samad berkempen di hari mengundi

Media Sosial, 16 Nov : Ahli parlimen DAP, Teresa Kok dan ahli parlimen Amanah, Khalid Samad tidak mengendahkan gesaaan pengerusi SPR, Azhar yang mengingatkan semua parti bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai agar menghentikan sebarang bentuk aktiviti berkempen menjelang tengah malam tadi.

“Selepas tempoh itu berakhir, semua pihak hendaklah menghentikan sebarang bentuk aktiviti berkempen termasuk aktiviti merayu undi.

“Tiada mana-mana pihak yang boleh merayu undi termasuklah di luar pusat mengundi dan juga melalui saluran media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain,”– Azhar Harun, Pengerusi SPR

Buletin TTKM mendapati Teresa Kok menaikkan satu poster di laman facebooknya dengan slogan “Kekal Merah, Tanjung Piai Kita Punya”  beserta logo Pakatan Harapan yang dipangkah  pada jam 8.40 pagi tadi dengan kapsyen berikut: “PH akan menang! Marilah kita meraikannya malam ini”

8.JPG

Sementara itu, Khalid Samad pula berkongsikan satu hantaran beserta kapsyen “Semoga kemenangan milik Pakatan Harapan. Jangan lupa undi calon no 4” beserta tanda pagar #HajiKarmaine dan #PakatanHarapan pada jam 9.50 pagi tadi.

WhatsApp Image 2019-11-16 at 11.32.03 AM.jpeg

Walau bagaimanapun, admin FB Khalid Samad telah menyunting hantaran tersebut dengan membuang ayat “Jangan lupa undi calon no 4 setelah perkara itu dipersoalkan oleh bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak.

“SPR mana?Macam ini boleh ke? Sila buat laporan polis dan tangkap Khalid Samad.Pengerusi SPR pernah kata “Semua pihak diingatkan bahawa sebarang bentuk kempen atau aktiviti merayu undi adalah dilarang pada hari mengundi, termasuk melalui saluran media sosial. ” – Najib Razak.

Pada pilihanraya kecil Sungai Kandis lepas, Bersih berkata pihak SPR membuat laporan polis terhadap Dato Seri Najib Razak kerana didakwa melakukan kempen di laman facebooknya pada hari mengundi.

Perkara itu disahkan oleh pengerusi SPR, Azhar Harun.

Kami cuba mendapatkan maklum balas SPR dan Bersih berhubung perkara ini dan masih menunggu respon mereka. – Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.