Kantoi berkempen di hari mengundi: Teresa Kok padam hantaran FB

Media sosial, 16 Nov: Laman facebook Ahli parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok sebentar tadi didapati telah memadam hantaran kontroversi di mana beliau menaikkan satu poster  berkempen pada hari mengundi.

URL asal https://www.facebook.com/TeresaKokSuhSim/photos/pb.117300344947762.-2207520000.0./2882360948441674/?type=3&theater

teresa kantoi2.JPG

 

Terdahulu, Buletin TTKM melaporkan dua ahli parlimen Pakatan Harapan , iaitu Teresa Kok (DAP)  dan  Khalid Samad (Amanah) tidak mengendahkan gesaaan pengerusi SPR, Azhar yang mengingatkan semua parti bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai agar menghentikan sebarang bentuk aktiviti berkempen menjelang tengah malam tadi.

Baca : Gesaan SPR tidak diendah: Teresa Kok dan Khalid Samad berkempen di hari mengundi

“Selepas tempoh itu berakhir, semua pihak hendaklah menghentikan sebarang bentuk aktiviti berkempen termasuk aktiviti merayu undi.

“Tiada mana-mana pihak yang boleh merayu undi termasuklah di luar pusat mengundi dan juga melalui saluran media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain,”– Azhar Harun, Pengerusi SPR

Teresa Kok didapati menaikkan satu poster di laman facebooknya dengan slogan “Kekal Merah, Tanjung Piai Kita Punya”  beserta logo Pakatan Harapan yang dipangkah  pada jam 8.40 pagi tadi dengan kapsyen berikut: “PH akan menang! Marilah kita meraikannya malam ini”

8

Sementara itu, hantaran Khalid Samad berkempen di hari mengundi masih dapat diakses di laman facebook beliau tetapi admin tersebut telah memadam perkataan “Jangan lupa undi calon no 4” yang dapat dilihat melalui sejarah suntingan ( edit history).

khalid kantoi.JPG

 

Admin FB Khalid Samad didapati berbuat demikan setelah   perkara itu dipersoalkan oleh bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak di laman facebooknya.

“SPR mana?Macam ini boleh ke? Sila buat laporan polis dan tangkap Khalid Samad.Pengerusi SPR pernah kata “Semua pihak diingatkan bahawa sebarang bentuk kempen atau aktiviti merayu undi adalah dilarang pada hari mengundi, termasuk melalui saluran media sosial. ” – Najib Razak.

Pada pilihanraya kecil Sungai Kandis lepas, Bersih berkata pihak SPR membuat laporan polis terhadap Dato Seri Najib Razak kerana didakwa melakukan kempen di laman facebooknya pada hari mengundi.

Perkara itu turut disahkan oleh pengerusi SPR, Azhar Harun.

Kami cuba mendapatkan maklum balas SPR dan Bersih berhubung perkara ini dan setakat ini masih menunggu respon mereka. – Buletin TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.