Kekalahan PRK Tg. Piai pahit untuk ditelan, saya mohon maaf – Syed Saddiq

Tanjung Piai, 16 Nov: Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq berkata kekalahan Pakatan Harapan pada pilihanraya kecil Tanjung Piai adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan.

Beliau turut memohon maaf kepada belia Malaysia di atas sebarang kekurangan beliau.

“Kekalahan ini pahit untuk ditelan.‬ Rakyat sudah bersuara.‬ Suara rakyat, suara keramat.‬‪My sincerest of apologies to the Malaysian Youths for my schortcomings.‬ Kemarahan ini perlu dijawab dengan tindakan.‬ Sekali lagi, minta maaf. ‬” – Syed Saddiq

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di facebooknya sebentar tadi.

Pakatan Harapan meletakkan calon PPBM, Haji Karmaine Sardini pada pilihanraya kecil Tanjung Piai ini hanya mampu meraih tempat kedua dengan 10, 380 undi manakala pemenangnya, calon Barisan Nasional, Wee Jeck Seng berjaya memperoleh 25, 466 undi.

Majoriti besar sebanyak 15, 086 undi itu mengejutkan banyak pihak, walaupun kemenangan BN sudah dijangka.

Ketika kempen minggu lepas, Syed Saddiq ditroll teruk netizen apabila tersasul menyebut Haji Karmaine sebagai arwah.  – Buletin TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version