Berita

“PH kalah, raikan dimana?” – Netizen troll Teresa Kok.

By Buletin TTKM

November 16, 2019

Media Sosial, 16 Nov : Warganet tidak melepaskan peluang mentroll ahli parlimen DAP, Teresa Kok berhubung kekalahan memalukan Pakatan Harapan pada pilihanraya kecil Tanjung Piai.

Ini berikutan hantaran beliau pagi tadi yang berkata Pakatan Harapan akan menang dan akan meraikannya pada malam ini.

“PH akan menang! Marilah kita raikannya malam ini” – Teresa Kok.

Walau bagaimanapun, hantaran itu telah dipadamkan admin laman terbabit beberapa jam setelah Buletin TTKM melaporkan hal tersebut.

Berikut merupakan beberapa komen lucu warganet di laman facebook Teresa Kok.